Jumaat, 15 Oktober 2010

Jauhi sifat marah

Jauhi sifat marah

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


Kefahaman Hadis:

1) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.

2) Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, (al-Fath : 6) (Thoha :81) - yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.

3) Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki hamun, mencela, memukul dll.

4) Sifat marah yang dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah.
- contoh : rujuk hadis- hadis mengenainya, kisah Musa bersama kaumnya,Yunus bersama
kaumnya.

5) Cara untuk menghilangkan sifat marah :

Doa - agar dibimbing oleh Allah.

Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.

Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.

Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.

Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.

Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.




Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.

Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.

Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah.

Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah,namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.

Taqwa

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.



Pokok Perbincangan Hadis:

1) Wasiat Allah yang Agong:
- untuk orang-orang terdahulu & kemudian (an-Nisa’: 131).
- Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102). (an-Nisa: 1), (al-Ahzab:70) .

2) Taqwa - Sesuatu yang diletakkan oleh sesaorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari Allah iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya.
- juga termasuk dalam taqwa - melakukan perkara wajib/ tinggal yang haram.

3) Kelebihan sifat ini : Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga. Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya. Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi. Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa. Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat. Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.

4) Taqwa yang dikehendaki : ketika sunyi dan juga terang-terangan - rasa diperhatikan oleh Allah. tidak rasa muraqabah Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108).

5) Maksud perkara yang baik memadamkan yang jahat:
Setengah pendapat -“hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17).
yang dikehendaki ialah “Taubat Nasuha” -jumhur (al-Furqan:69)
hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik.
dalil terhapus dosa kecil dgn taubat.(an-Nur:31).

6) Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa;
tanda sempurna iman/ tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah.
cara memperelokkan akhlak - mengambil qudwah dari nabi saw. Mempelajari sirahnya - cara adab dengan Allah, adab dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).



Pengajaran hadis:

Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.

Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan,mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.

Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.

Antara tanda sempurna islam seseorang

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.


Pokok Perbincangan Hadis :

1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :
jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)
setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.

2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.
silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu

perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang.

Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.

Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Ibadah dan bida'ah

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain
berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak ( Al-Imam al-Bukhari dalam kitab ( آتاب الصلح ) bab ( باب إذا اصطلحوا على صلح جور ) nombor 2550.
Al-Imam Muslim dalam kitab ( آتاب الأقضية ) bab ( باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور ) nombor 1718).

Pokok Perbincangan Hadis :

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :

a) Dalam Ibadat : Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula. (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan) Ibadah yang langsung tidak syar’ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya. Menongkok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empatempat) Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).

b) Dalam Muamalat :

i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ : Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram). ‘Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).

ii) ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan tanpa izinnya).



Pengajaran hadis:

lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat. Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya. Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

Galakan meninggalkan perkara syubhah

Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:

"Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau."

Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Menjauhi perkara syubhaat :
menjaga marwah dan diri dari terjatuh kepada yang haram - wara’.
langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.

2) Wara’ salaf terhadap perkara syubhaat :
kisah Abu Bakar makan sesuatu yang syubhaat.
kisah Umar Al-Khattab dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri.

3) Meninggalkan perkara khilaf bukan semestinya wara’ :
dalam perkara-perkara yang ada rukhsah - ikut lebih baik.
yakin dalam suci dan syak dalam hadas - hadis (kentut yakin keluar angin).

4) Wara’ hanya bagi orang yang Istiqomah :
yang melakukan perkara yang diwajibkan dan tinggal yang dilarang.
mereka yang melakukan dosa besar, tinggal yang wajib tapi berusaha tinggal perkara syubhat - wara’ sesat namanya - kisah darah nyamuk - orang Iraq.

Pengajaran hadis:

Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu.

Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.

Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara' yang terpuji.

Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi.

Khamis, 14 Oktober 2010

Langkah-langkah menjadi manusia terbaik

Terdapat hadith ringkas tetapi sangat sangat maknanya. Ia dikutip dalam buku Al-Jami'ush Shaghir yang ditulis Imam Suyuthi.

Hadithnya berbunyi, "Khairun naasi anfa'uhum linnaas." Terjemahan: Sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak manfaat pada orang lain.

Darjat hadith ini menurut Imam Suyuthi tergolong dalam hadith hasan. Syeikh Nasiruddin Al-Bani dalam bukunya Shahihul Jami’ush Shagir sependapat dengan penilaian Suyuthi.

Adalah terbukti bahawa manusia itu makhluk sosial. Tiada yang akan membantah. Tidak ada seorang pun yang boleh hidup sendiri. Semua saling bergantungan. Saling memerlukan.

Kerena saling memerlukan, pola hubungan seseorang dengan orang lain adalah untuk saling mengambil manfaat. Ada yang memberi pertolongan dan ada yang menerima pertolongan. Si pemberi pertolongan mendapat imbalan dan penerima pertolongan mendapat manfaat. Itulah pola hubungan yang lazim. Adil.

Jika ada orang yang mengambil terlalu banyak manfaat dari orang lain dengan pengorbanan yang amat sedikit, naluri kita akan mengatakan itu tidak adil. Orang itu telah berlaku tidak baik. Dan kita akan mengatakan seseorang berbuat jahat ketika mengambil banyak manfaat untuk dirinya sendiri dengan cara yang tidak elok dan melanggar hak orang lain.

Begitulah hati sanubari kita, selalu menginginkan pola hubungan yang saling ridha dalam mengambil manfaat dari satu sama lain. Jiwa kita akan senang dengan orang yang mengambil manfaat bagi dirinya dengan cara yang baik. Kita anggap seburuk-buruk manusia orang yang mengambil manfaat banyak dari diri kita dengan cara yang salah. Apakah itu menipu, mencuri, dan memeras, bahkan dengan kekerasan.
Namun yang luar biasa adalah orang lebih banyak memberi dari mengambil manfaat dalam berhubungan dengan orang lain. Orang yang seperti ini kita sebut orang yang terbaik di antara kita. Dermawan. Ikhlas. Tiada kepentingan peribadi.

Orang yang selalu menebar kebaikan dan memberi manfaat bagi orang lain adalah sebaik-baik manusia. Kenapa Rasulullah saw menyebut seperti itu? Setidaknya ada empat alasan.

Pertama, kerena ia dicintai Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda yang bunyinya seperti ini: orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. Siapakah yang lebih baik dari orang yang dicintai Allah?

Alasan kedua, kerena ia melakukan amal yang terbaik. Kaedah usul fiqh menyebutkan bahawa kebaikan yang amalnya dirasakan orang lain lebih bermanfaat berbanding yang manfaatnya dirasakan oleh diri sendiri. Apalagi jika spektrumnya lebih luas lagi. Amal itu boleh menyebabkan orang seluruh negeri merasakan manfaatnya. Kerena itu tidak hairan jika para sahabat ketika ingin melakukan suatu kebaikan bertanya kepada Rasulullah, amal apa yang paling afdhal untuk dikerjakan. Ketika musim kemarau dan masyarakat sukar mendapatkann air, Rasulullah berkata membuat sumur adalah amal yang paling utama. Saat seseorang ingin berjihad sementara ia punya ibu yang sudah tua dan tidak ada yang akan menjaga, Rasulullah menyebut berbakti kepada si ibu adalah amal yang paling utama bagi orang itu.

Ketiga, kerena ia melakukan kebaikan yang sangat besar pahalanya. Berbuat sesuatu untuk orang lain besar pahalanya. Bahkan Rasulullah saw. berkata, “Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluannya, maka itu lebih aku cintai daripada I'tikaf sebulan di masjidku ini.” (Thabrani). Subhanallah.

Keempat, memberi manfaat kepada orang lain tanpa keluh kesah, mengundang kesaksian dan pujian orang yang beriman. Allah swt. mengikuti persangkaan hambanya. Ketika orang menilai diri kita adalah orang yang baik, maka Allah swt. menggolongkan kita ke dalam golongan hambanya yang baik-baik.

Pernah suatu ketika lewat orang membawa jenazah untuk diantar ke kuburnya. Para sahabat menyebut-nyebut orang itu sebagai orang yang tidak baik. Kemudian lewat lagi orang-orang membawa jenazah lain untuk diantar ke kuburnya. Para sahabat menyebut-nyebut kebaikan si mayyit. Rasulullah saw. membenarkan. Seperti itu jugalah Allah swt. Kerena itu di dalam surah At-Taubah ayat 105, Allah swt. menyuruh Rasulullah saw. untuk memerintahkan kita, orang beriman, untuk beramal sebaik-baik amal agar Allah, Rasul, dan orang beriman menilai amal-amal kita. Di hari akhir, Rasul dan orang-orang beriman akan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita seperti yang mereka saksikan di dunia.



Untuk menjadi orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain, kita perlu menyiapkan beberapa perkara dalam diri kita.

Pertama, tingkatkan darjat keimanan kita kepada Allah swt. Sebab, amal tanpa keluh-kesah adalah amal yang hanya mengharap ridha kepada Allah. Kita tidak meminta balasan dari manusia, cukup dari Allah swt sahaja balasannya. Ketika iman kita tipis terkikis, tak mungkin kita akan boleh beramal ikhlas Lillahi Ta’ala.
Ketika iman kita memuncak kepada Allah swt., segala amal untuk memberi manfaat bagi orang lain menjadi ringan dilakukan. Bilal bin Rabah bukanlah orang kaya. Ia hidup miskin. Namun kepadanya, Rasulullah saw. memerintahkan untuk bersedekah. Sebab, sedekah tidak membuat rezeki berkurang. Begitu kata Rasulullah saw. Bilal mengimani janji Rasulullah saw itu. Ia tidak ragu untuk bersedekah dengan apa yang dimiliki dalam keadaan sesulit apapun.

Kedua, untuk boleh memberi manfaat yang banyak kepada orang lain, kita harus mengikis habis sifat ego dan rasa serakah terhadap material dari diri kita. Allah swt memberi contoh kaum Anshar. Lihat surah Al-Hasyr ayat 9. Merekalah sebaik-baik manusia. Memberikan semua yang mereka perlukan untuk saudara mereka kaum Muhajirin. Bahkan, ketika kaum Muhajirin telah cukup secara finansial, tidak terdetik di hati mereka untuk meminta kembali apa yang pernah mereka beri.

Yang ketiga, tanamkan dalam diri kita logika bahawa sisa harta yang ada pada diri kita adalah yang telah diberikan kepada orang lain. Bukan yang ada dalam genggaman kita. Logika ini diajarkan oleh Rasulullah saw kepada kita. Suatu ketika Rasulullah saw. menyembelih kambing. Beliau memerintahkan seorang sahabat untuk menyedekahkan daging kambing itu. Setelah dibagi-bagi, Rasulullah saw bertanya, berapa yang tersisa. Sahabat itu menjawab, hanya tinggal sepotong paha. Rasulullah saw mengoreksi jawaban sahabat itu. Yang tersisa bagi kita adalah apa yang telah dibahagikan.Begitulah. Yang tersisa adalah yang telah dibahagikan. Itulah milik kita yang hakiki kerena kekal menjadi tabungan kita di akhirat. Sementara, daging paha yang belum dibahagikan hanya akan menjadi sampah jika busuk tidak sempat kita manfaatkan, atau menjadi kotoran ketika kita makan. Begitulah harta kita. Jika kita tidak memanfaatkannya untuk beramal, maka tidak akan menjadi milik kita selamanya. Harta itu akan habis lapuk kerena waktu, hilang kerena kematian kita, dan selalu menjadi intaian ahli waris kita. Maka tidak hairan jika dalam sejarah kita melihat bahawa para sahabat dan salafussaleh mudah saja menginfakkan wang yang mereka miliki. Sampai-sampai tidak terfikir untuk menyisakan barang sedirham pun untuk diri mereka sendiri.

Keempat, kita akan mudah memberi manfaat tanpa keluh-kesah kepada orang lain jika dibenak kita ada pemahaman bahawa sebagaimana kita memperlakukan seperti itu jugalah kita akan diperlakukan. Jika kita memuliakan tamu, maka seperti itu jugalah yang akan kita dapat ketika bertamu. Ketika kita pelit ke tetangga, maka sikap seperti itu jugalah yang kita dari tetangga kita.

Kelima, untuk boleh memberi, tentu Anda harus memiliki sesuatu untuk diberi. Kumpulkan bekal apapun bentuknya, apakah itu finansial, fikiran, tenaga, waktu, dan perhatian. Jika kita punya air, kita boleh memberi minum orang yang harus. Jika punya ilmu, kita boleh mengajarkan orang yang tidak tahu. Ketika kita sehat, kita boleh membantu beban seorang nenek yang menjinjing tak besar. Luangkan waktu untuk bersosial, dengan begitu kita boleh hadir untuk orang-orang di sekitar kita.
Mudah-mudahan yang sedikit ini boleh memberi inspirasi.

Bersedekah

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah,engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.

Pengajaran hadis:

(1) Seperti hadis 25, hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadangkadang dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah.

(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya.Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan.

(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.

Amalan membawa ke syurga

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih.

Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulang tulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata:
Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.

Pengajaran hadis:

(1) Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan beriman kepada Rasulullah SAW, sembahyang, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji.

(2) Pintu-pintu kebajikan pula sangat banyak, antaranya yang disebut dalam hadis ini ialah berpuasa kerana ia adalah perisai yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Selain itu ialah sedekah yang ikhlas kerana Allah kerana ia dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Pintu kebajikan seterusnya ialah sembahyang di waktu tengahmalam.

(3) lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim. la dapat menguatkan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air muka yang bercahaya bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat termasuk ayat yang dipetik dalam hadis ini.

(4) Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan rintangan.

(5) Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang
dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.

Hukum Ehsan

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu. (Hadis riwayat al-lmam Muslim.)



Pokok Perbincagan Hadis :

1) Hukum Ihsan - wajib - mengikut istilah “kitabah” yang digunakan. (al-Baqarah:183) (al- Nisa’: 103).



2) Ihsan - ((memberi manfaat kepada yang lain)) - ada yang wajib/ ada yang sunat. - ((teliti & sungguh-sungguh )) - dalam masaalah melakukan ibadah wajib secara zahir dan batin (yang paling sempurna).



3) Ihsan dalam hukuman bunuh ; perelokkan cara tersebut - paling mudah dan paling cepat mati. tujuannya untuk tidak menyiksa orang yang kena bunuh itu. cara terbaik untuk manusia - penggal leher.



4) Ihsan pada sembelihan : Dengan menjaga syarat-syarat, yang wajib dan yang sunat seperti berikut :

-Alat yang digunakan mestilah tajam - (tidak tulang atau kuku).

-Putus tiga urat (serentak) - halqum, marih dan wudjin.

-Membaca bismillah (al-An’am: 121)

-Berkeahlian untuk sembelih - muslim, beraqal, baligh atau ahli kitab.

-Tidak mengacukan mata pisau atau lainnya di hadapan binatang tersebut.

-Tidak memotong mana-mana bahagian binatang itu sehinggalah telah sempurna matinya dan tidak pula melampau (putus kepala).



Pengajaran hadis:

lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja sematamata. Ehsan yang dianjurkan oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling maksimum. Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi ibnatang dan makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh tuntut balas dan menyembelihpun, lslam menuntut supaya dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan hati dan keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.

Isnin, 11 Oktober 2010

Apa yang dikatakan "syubhah"

Maksud sebenar syubhah...

HADIS 6 DARIPADA HADIS 40 IMAM NAWAWI

Maksudnya:

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘

1.Muqaddimah

Perawi Hadis ini ialah Abu Abdullah An Nu’man bin Basyir , yang merupakan seorang Ansar dari suku Khazraj. Ibunya seorang sahabat dan juga saudara kepada Abdullah bin Rawahah. Ayahnya Basyir pernah meminta Rasulullah mengajarnya bersalawat (sebagaimana selawat dalam solat)

2.Halal dan Haram

Pengertian Halal di sisi Imam Syafie ialah “Apa2 yang tidak disebut oleh syarak tentang haramnya.” Manakala di sisi Imam Abu Hanifah pula ialah, “Apa2 yang disebut oleh syarak tentang halalnya.”

Perkara halal dan haram yang sudah jelas termaktub dalam Al Qur’an dan Sunnah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sami’na wa ato’na…

Halal dan haram itu merangkumi aspek makan minum, pakaian,pekerjaan, muamalah dan segala aspek kehidupan.

Ada perkara haram yang meliputi zatnya sahaja dan ada yang meliputi zat dan kerana selainnya. Dan ada juga yang zatnya halal tapi haram kerana selainnya.

3.Perkara Syubhah

Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.

Kaedah menjaga diri daripada terlibat dengan syubhah adalah kaedah wara’.

Contoh zaman nabi: Kisah ketika Nabi s.a.w. bersama dengan isterinya Safiyyah di tempat awam. Ketika itu, 2 lelaki yang berlalu di situ ditahan oleh nabi untuk memberi penjelasan bahawa baginda bersama isterinya Safiyyah bagi mengelakkan sangkaan buruk.

4.Kawasan Larangan

“ Dan barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, ia terjerumus dalam perkara haram”, membawa dua pengertian:

Pertama , seseorang melakukan perkara haram tetapi ia menyangkanya halal. Kedua, seseorang melakukan perkara yang dekat dengan perkara haram. Umpamanya lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan dikira melakukan perkara haram kerana ia boleh membawa kepada zina.

Contoh yang diberikan dalam hadis ialah penggembala yang menggembala ternakan berhampiran dengan tanah orang/kawasan larangan. Walaupun ternakan itu belum masuk secara terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah dan sebagaimana dalam hadis, sesiapa yang melakukan syubhah , maka ia melakukan yang haram.

Ketahuilah bagi Allah juga ada kawasan larangannya iaitu segala perkara haram atau maksiat yang membawa kepada haram yang lebih besar.

Contohnya, kisah Bani Israel yang suka membunuh para nabi. Asalnya, mereka hanya menderhaka ajaran nabi-nabi mereka, yang akhirnya melampaui batas sehingga membawa kepada kufur dan membunuh para nabi.

5.Hati

Hati adalah Raja kepda anggota tubuh badan. Sekiranya hati baik, baiklah seluruh anggota. Sekiranya rosak, rosaklah anggota (melakukan maksiat).

Nabi bersabda; “Tidak lurus iman seseorang hamba sehinggalah lurus hatinya.”

6.Kaedah Fiqh

Ulama’ fiqh merumuskan satu kaedah berdasarkan kepada hadis ini iaitu “ Apa-apa yang membawa kepada haram, maka ianya juga adalah haram.”

Khamis, 7 Oktober 2010

Pembicaraan al-Quran tentang Riba'

Tulisan ini tidak akan membahaskan soal halal atau haram riba, kerana keharamannya telah disepakati oleh setiap Muslim berdasarkan ayat-ayat al-Quran serta ijmak seluruh ulama Islam, apa pun mazhab atau alirannya. Apa yang dibahaskan adalah apa yang di maksudkan sesungguhnya oleh al-Quran berkaitan riba yang diharamkannya itu.

Para ulama sejak dahulu hingga kini, ketika membahaskan masalah ini, tidak melihat intipati riba bagi sekadar mengetahuinya, tetapi mereka melihat dan membahaskannya secara serius dan mendalam sambil meletakkan di dalam jiwa mereka beberapa amalan transaksi ekonomi bagi mengetahui dan menetapkan apakah amalan-amalan tersebut sama dengan riba yang diharamkan itu sehingga menjadi haram ataupun sebaliknya.
Perbezaan pendapat dalam penerapan pengertian pada amalan-amalan transaksi ekonomi telah berlangsung sejak zaman para sahabat dan akan terus berlangsung selagi masih ada usaha-usaha untuk memunculkan bentuk-bentuk baru transaksi ekonomi.

Perbezaan-perbezaan ini antara lain disebabkan oleh wahyu mengenai riba yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w beberapa waktu sebelum baginda wafat, sehinggakan zaman Umar al-Khattab r.a. Umar berkata: “Sesungguhnya termasuk dalam bahagian akhir al-Quran yang diturunkan itu, adalah ayat-ayat mengenai riba. Rasulullah s.a.w wafat sebelum baginda menjelaskannya. Maka tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu.”

Keraguan-raguan terhadap riba yang diharamkan itu menjadikan para sahabat, sebagaimana dikatakan Umar r. a ‘meninggalkan sembilan persepuluh yang halal.’
Sejarah menjelaskan bahawa Taif, tempat pemukiman suku Tsaqif yang terletak sekitar 100 kilometer di tenggara Mekah, merupakan daerah subur dan menjadi salah sebuah pusat perdagangan antara suku, terutama suku Quraisy yang bermukim di Mekah. Di Taif, bermukim orang-orang Yahudi yang telah mengenali amalan-amalan riba, sehingga kewujudan mereka di situ telah menumbuhsuburkan amalan tersebut.
RIBA YANG DIMAKSUDKAN AL-QURAN

Kata riba dari segi bahasa bermakna ‘kelebihan.’ Sehingga apabila kita hanya berhenti kepada erti ‘kelebihan’ tersebut, logik yang dikemukakan golongan musyrik di atas cukup beralasan. Walaupun al-Quran hanya menjawab persoalan mereka dengan menyatakan “Tuhan menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba” (surah 2: 275), pengharaman dan penghalalan tersebut tentunya tidak dilakukan tanpa adanya ‘sesuatu’ yang membezakannya, dan ‘sesuatu’ itulah yang menjadi penyebab keharamannya.

Di dalam al-Quran, ditemui kata riba sebanyak lapan kali, terdapat dalam empat surah, iaitu al-Baqarah, Ali Imran, al-Nisaa, dan al-Rum. Tiga surah pertama adalah ‘Madaniyyah’ (turun setelah Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah), sedangkan surah al-Rum adalah ‘Makiyyah’ (turun sebelum baginda berhijrah). Ini bermakna, ayat pertama yang berbicara tentang riba adalah al-Rum ayat 39 yang bermaksud: “Dan sesuatu riba (kelebihan) yang kamu berikan agar ia menambah kelebihan pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah di sisi Allah…”

Selanjutnya al-Sayuthi, mengutip riwayat-riwayat Bukhari, Ahmad, Ibn Majah, Ibn Mardawaih, dan al-Baihaqi, berpendapat bahawa ayat yang terakhir turun kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat-ayat yang di dalam rangkaiannya terdapat penjelasan terakhir tentang riba, iaitu ayat 278-281 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba, jika kamu orang-orang yang beriman.”

Selanjutnya al-Zanjani, berdasarkan beberapa riwayat, antara lain daripada Ibn al-Nadim dan kesimpulan yang dikemukakan oleh al-Biqa’i serta orientalis Noldeke, mengemukakan bahawa surah Ali Imran terlebih dahulu diturunkan daripada surah al-Nisaa. Jika kesimpulan mereka diterima, maka bermakna ayat 130 surah Ali Imran yang secara tegas melarang memakan riba secara berlipat ganda, merupakan ayat kedua yang diterima oleh Nabi s.a.w, sedangkan ayat 161 surah al-Nisaa yang mengandungi kecaman ke atas orang-orang Yahudi yang memakan riba merupakan wahyu tahap ketiga dalam rangkaian pembicaraan al-Quran tentang riba.

Menurut al-Maraghi dan al-Shabuni, tahap-tahap pembicaraan al-Quran tentang riba sama dengan tahap pembicaraan tentang ‘khamr’ (minuman keras), yang pada tahap pertama sekadar menggambarkan adanya unsur negatif di dalamnya (surah al-Rum: 39), kemudian disusul dengan isyarat tentang pengharamannya (surah al-Nisaa: 161). Selanjutnya, pada tahap ketiga, secara tidak langsung, dinyatakan keharaman salah satu bentuknya (surah Ali Imran: 130), dan pada tahap terakhir, diharamkan secara menyeluruh dalam berbagai-bagai bentuk (surah al-Baqarah: 278).

Dalam menetapkan tuntutan pada tahap di atas, kedua-dua ‘mufassir’ tersebut tidak mengemukakan suatu riwayat yang menyokong, sementara para ulama sepakat menyatakan bahawa mustahil mengetahui urutan turunnya ayat tanpa berdasarkan suatu riwayat yang sahih, dan bahawa turunnya satu surah mendahului surah yang lain tidak secara automatik menjadikan seluruh ayat pada surah yang dinyatakan terlebih dahulu turunnya itu mendahului seluruh ayat dalam surah yang dinyatakan turun kemudian.

Atas dasar pertimbangan tersebut, kita cenderung untuk hanya menetapkan dan membahas ayat pertama dan terakhir berkaitan riba, kemudian menjadikan kedua-dua ayat yang tidak jelas kedudukan tahap turunnya sebagai tahap pertengahan.
Perkara ini tidak akan banyak pengaruhnya dalam memahami pengertian atau makna riba yang diharamkan al-Quran, kerana sebagaimana dikemukakan di atas, surah al-Nisaa ayat 161 merupakan kecaman kepada orang-orang Yahudi yang melakukan amalan-amalan riba. Berbeza halnya dengan ayat 130 surah Ali Imran yang menggunakan pernyataan larangan secara tegas terhadap orang-orang Mukmin agar tidak melakukan amalan riba secara ‘adh’afan mudha’afah’. Surah Ali Imran ini, sama ada dijadikan ayat tahap kedua mahupun tahap ketiga, jelas sekali mendahului turunnya surah al-Baqarah ayat 278, serta dalam ketika yang sama turun setelah turunnya surah al-Rum ayat 39.

Di sisi lain, surah al-Rum ayat 39 yang merupakan ayat pertama yang berbicara tentang riba, dinilai oleh para ulama tafsir, tidak berbicara tentang riba yang diharamkan. Al-Qurthubi dan Ibn al-’Arabi menamakan riba yang dibicarakan oleh ayat tersebut sebagai riba halal. Sedangkan Ibn Katsir menamakannya sebagai riba mubah. Mereka merujuk kepada sahabat Nabi, terutama Ibnu Abbas dan beberapa tabiin yang mentafsirkan riba dalam ayat tersebut sebagai ‘hadiah’ yang dilakukan oleh orang-orang yang mengharapkan imbalan berlebihan.

Atas dasar perbezaan erti kata riba dalam ayat surah al-Rum di atas dengan kata riba pada ayat-ayat lain, al-Zarkasyi dalam “Al-Burhan” mentafsirkan sebab perbezaan penulisannya dalam mushhaf, iaitu kata riba pada surah al-Rum ditulis tanpa menggunakan huruf ‘waw’ (huruf Arab), dan dalam surah-surah lainnya menggunakannya (huruf Arab). Dari sini, Rasyid Redha menjadikan titik tolak huraiannya tentang riba yang diharamkan dalam al-Quran bermula dari ayat 131 surah Ali Imran.

Oleh hal yang demikian itu, pembahasan secara singkat tentang riba yang diharamkan al-Quran dapat dikemukakan dengan menganalisis kandungan ayat-ayat surah Ali Imran (ayat 130) dan al-Baqarah ayat 278, atau lebih khusus lagi dengan memahami kata-kata kunci pada ayat-ayat tersebut, iaitu
(a) adh’afan mudha’afah;
(b) ma baqiya mi al-riba; dan
(c) fa lakum ru’usu amwalikum, la tazhlimuna wa la tuzhlamun.
Dengan memahami kata-kata kunci tersebut, diharapkan dapat ditemui jawapan tentang riba yang diharamkan al-Quran. Dengan kata lain, ‘apakah sesuatu yang menjadikan kelebihan tersebut haram.’

PELBAGAI PANDANGAN TENTANG ERTI ADH’AFAN MUDHA’AFAH

Dari segi bahasa, kata ‘adh’af’ adalah bentuk jamak (plural) dari kata ‘dha’if’ yang diertikan sebagai ‘sesuatu bersama dengan sesuatu yang lain yang sama dengannya (ganda).’ Sehingga adh’afan mudha’afah adalah pelipatgandaan yang berkali-kali. Al-Thabraniy dalam tafsirnya, mengemukakan sekitar riwayat yang dapat membawa kita kepada pengertian adh’afan mudha’afah atau riba yang berlaku pada masa turunnya al-Quran. Riwayat-riwayat tersebut antara lain:
Daripada Ibn Zaid bahawa ayahnya mengutarakan bahawa ‘riba pada zaman jahiliyah adalah dalam berlipat ganda dan umur (haiwan). Seseorang yang berhutang, apabila tiba masa pembayarannya, ditemui oleh orang yang memberi hutan dan berkata kepadanya, “Bayarlah atau kamu tambah untukku.” Maka, apabila pemiutang memiliki sesuatu (untuk pembayarannya), ia membayar hutangnya, dan apabila tidak menjadikan hutangnya seekor haiwan yang lebih tua umurnya (daripada yang pernah dipinjamnya).

Apabila haiwan yang dipinjamnya berumur setahun dan telah memasuki tahun kedua (binti makhadh), dijadikannya pembayarannya kemudian ‘binti labun’ yang berumur dua tahun dan telah memasuki tahun ketiga. Kemudian menjadi ‘hiqqah’ (yang memasuki tahun keempat), dan seterusnya menjadi ‘jaz’ah’ (yang memasuki tahun kelima), dan demikianlah seterusnya.

Sedangkan jika yang dipinjamnya itu berupa material (wang), orang yang memberi hutang mendatanginya untuk menagih hutang, maka, apabila dia tidak mampu, dia bersedia melipatgandakannya sehingga menjadi 100, pada tahun berikutnya menjadi 200 dan apabila belum lagi terbayar, dijadikannya 400. Demikianlah setiap tahun sehingga dia mampu membayarnya.
Mujahid meriwayatkan bahawa riba yang dilarang oleh Allah s.w.t adalah ‘aktiviti’ yang dipraktikkan pada zaman jahiliah, iaitu bahawa seseorang mempunyai hutang kepada orang lain, kemudian peminjam berkata kepada orang yang memberi hutang itu, “untukmu (tambahan) sebagai imbalan daripada penangguhan pembayaran”, maka ditundalah pembayaran tersebut untuknya.

Sementara itu, Qatadah menyatakan bahawa riba pada zaman jahiliah adalah penjualan seseorang kepada orang lain (dengan pembayaran) hingga pada masa tertentu. Apabila telah tiba masa tersebut, sedangkan orang yang berhutang tidak mampu untuk membayar, ditambahkannya (jumlah hutangnya) dan ditangguhkan masa pembayarannya.
Riwayat-riwayat di atas dan yang sama pendapat atau pandangan para ulama tafsir ketika membahas ayat 130 surah Ali ‘Imran, terdapat beberapa perkara yang perlu diambilkira berkaitan riwayat-riwayat yang dikemukakan tersebut. Pertama, penambahan daripada jumlah hutang yang digambarkan oleh ketiga-tiga riwayat tersebut tidak dilakukan pada ketika berlakunya peminjaman, tetapi dikemukakan oleh orang yang berhutang (riwayat kedua) atau orang yang memberi hutang (riwayat ketiga) pada ketika tibanya masa pembayaran.

Dalam perkara ini, Ahmad Mustafa al-Maraghi (1883-1951) berpendapat dalam tafsirnya: “Riba pada masa jahiliah adalah riba yang dinamakan pada masa sekarang sebagai riba fahisy (riba yang keji atau berlebih-lebihan), iaitu keuntungan berlipat ganda. Tambahan pula, fahisy’ (berlebih-lebihan) itu terjadi setelah tiba masa pembayaran hutang, dan tidak ada daripada penambahan itu (yang bersifat keji atau berlebihan) dalam transaksi pertama, seperti memberikan kepadanya 100 dengan (mengembalikan) 110 atau lebih mahupun kurang (daripada jumlah tersebut). Pada mulanya, si pemberi hutang merasa cukup dengan keuntungan yang sedikit (sedikit penambahan pada transaksi pertama). Bagaimanapun, apabila telah tiba masa pembayaran hutang dan masih belum juga dapat dibayar oleh peminjam, maka mereka untuk melipat ganda hutang tersebut sebagai imbalan terhadap penangguhan atau penundaan pembayaran hutang. Dan inilah yang dinamakan ‘riba al-nasi’ah’ (riba akibat penundaan atau penangguhan).
Kedua, pelipatgandaan yang disebutkan pada riwayat pertama adalah gandaan dua kali, sedangkan pada riwayat kedua dan ketiga pelipatgandaan tersebut tidak disebutkan, tetapi sekadar penambahan daripada jumlah hutang. Perkara ini membawa dua kemungkinan:

1. Memahami setiap riwayat secara ‘berdiri sendiri’, sehingga memahami bahawa ‘riba yang dilarang adalah penambahan daripada jumlah hutang dalam keadaan tertentu, baik penambahan tersebut berlipat ganda mahupun tidak berlipat ganda;

2. Menggabungkan riwayat-riwayat tersebut sehingga dapat difahamis ecara jelas bahawa penambahan yang dimaksudkan oleh riwayat-riwayat yang tidak menyebutkan pelipatgandaan itu adalah penambahan berlipat ganda.

Dalam menghuraikan riwayat-riwayat yang dikemukakan di atas, dan riwayat-riwayat lainnya, al-Thabari menyimpulkan bahawa ‘riba adh’afan mudha’afah’ adalah penambahan daripada jumlah hutang akibat penundaan pembayaran atau apa yang dinamakan ‘riba al-nasi’ah’. Menurut al-Thabari, seseorang yang mempraktikkan riba dinamakan ‘murbin’ kerana dia melipatgandakan harta yang dimilikinya di atas beban peminjam, baik secara langsung mahupun penambahan akibat penangguhan waktu pembayaran.

Kesimpulan al-Thabari di atas disokong oleh Muhammad Rasyid Redha yang menurutnya juga merupakan kesimpulan yang dibuat oleh Ibn Qayyim.
Abdul Mun’in al-Namir, salah seorang ulama terkemuka al-Azhar dan wakil Syeikh al-Azhar, menyimpulkan bahawa: “Riba yang diharamkan tergambar pada seorang pemberi hutang yang memiliki harta kekayaan yang didatangi oleh seorang yang memerlukannya, kemudian dia menawarkan kepada peminjam itu tambahan pada jumlah yang wajib dibayar ke atas hutangnya sebagai imbalan penundaan pembayaran setahun atau sebulan, dan pada akhirnya peminjam terpaksa tunduk dan menerima tawaran tersebut secara tidak rela.”

Di atas telah dikemukakan bahawa kata ‘adh’afan mudha’afah’ bermaksud berlipat ganda. Riwayat-riwayat yang dikemukakan ada yang menjelaskan pelipatgandaan dan ada pula sekadar penambahan. Kini kita kembali bertanya: “Apakah yang diharamkan itu hanya berupa penambahan yang berlipat ganda atau segala bentuk penambahan dalam keadaan tertentu?”
Apa yang pasti, intipati ayat yang bermaksud ‘berlipat ganda.’ Mereka yang berpegang pada ayats tersebut menyatakan bahawa ini merupakan syarat yang membawa kepada ‘haram’. Maknanya, apabila tidak berlipat ganda, maka ia tidak haram.
Pihak yang pihak lain pula menyatakan bahawa ayat tersebut bukan merupakan syarat tetapi penjelasan tentang bentuk riba yang sering dipraktikkan pada masa turunnya ayat-ayat al-Quran. Bagaimanapun, untuk menyelesaikan perkara ini perlu diperhatikan ayat terakhir yang turun berkaitan riba, khususnya kata kunci yang terkandung di dalamnya kerana meskipun ayat ‘adh’afan mudha’afah’ merupakan syarat, namun pada akhirnya yang menentukan intipati riba yang diharamkan adalah ayat-ayat pada tahap ketiga.

Di sini, yang pertama dijadikan kunci adalah firman Allah, “wa dzaru ma bagiya min al-riba”. Persoalan yang timbul adalah: Apakah kata ‘al-riba’ yang berbentuk ‘ma’rifa’h (definite) ini merujuk kepada riba ‘adh’afan mudha’afah’ ataupun tidak? Rasyid Redha, dalam perkara ini mengemukakan tiga alasan untuk membuktikan bahawa kata ‘al-riba’ pada ayat dalam surah al-Baqarah ini merujuk kepada kata ‘al-riba’ yang berbentuk ‘adh’afan mudha’afah’ itu. Beliau mengemukakan tiga alasan seperti yang berikut:

Pertama:
Kaedah kebahasaan, iaitu kaedah pengulangan kosa kata berbentuk ‘ma’rifah’. Apa yang dimaksudkan oleh Rasyid Redha adalah kaedah yang menyatakan apabila ada suatu kosa kata berbentuk ‘ma’rifah’ berulang, maka pengertian kosa kata kedua (yang diulang) adalah sama dengan kosa kata pertama. Kata ‘al-riba’ dalam surah Ali-Imran ayat 130 dalam bentuk ‘ma’rifah’, demikian juga halnya dalam al-Baqarah ayat 278. Ini bermakna, riba yang dimaksudkan pada ayat tahap terakhir adalah sama dengan riba yang dimaksudkan pada tahap kedua, iaitu yang berbentuk ‘adh’afan mudha’afah’.

Kedua:
Kaedah memahami ayat yang tidak bersyarat berdasarkan ayat yang sama tetapi bersyarat. Penerapan kaedah ini pada ayat-ayat riba adalah memahami erti ‘al-riba’ pada ayat dalam surah al-Baqarah yang tidak bersyarat itu berdasarkan kata ‘al-riba’ yang bersyarat ‘adh’afan mudha’afah’ pada ayat dalam surah Ali Imran. Apa yang dimaksudkan dengan ‘al-riba’ pada ayat tahap terakhir adalah riba yang berlipat ganda.

Ketiga:
Rasyid Redha mengatakan bahawa pembicaraan al-Quran tentang riba selalu ‘ditemukan’ dengan pembicaraan tentang sedekah, dan riba dinamakannya sebagai ‘zhulm’ (penganiayaan atau penindasan). Apa yang dikemukakan oleh Rasyid Redha itu tentang makna riba yang dimaksudkan oleh al-Quran pada ayat tahap terakhir dalam al-Baqarah tersebut, masih dapat ditolak, sementara pandangan oleh ulama – antara lain menyatakan bahawa kaedah kebahasaan yang diungkapkannya itu tidak dapat diterapkan kecuali pada rangkaian satu susunan ayat dalam sesuatu surah, bukan dalam ayat berbeza seperti al-Baqarah dengan Ali Imran, serta dengan menyatakan bahawa kata ‘adh’afan mudha’afah’ bukanlah syarat tetapi sekadar penjelasan tentang keadaan yang lumrah ketika itu, sehingga dengan demikian kaedah kedua pun tidak dapat diterapkan.

Bagaimanapun, kesimpulan yang dibuat oleh Rasyid Redha itu dapat diterima. Penerimaan ini berdasarkan riwayat-riwayat yang jelas dan banyak tentang sebab ‘nuzul’ ayat al-Baqarah tersebut. Kesimpulan riwayat-riwayat tersebut antara lain ialah:

1. Al-Abbas (bapa saudara Nabi s.a.w) dan seorang daripada keluarga Bani al-Mughirah bekerjasama memberikan hutang secara riba kepada orang-orang dari kabilah Tsaqif. Kemudian dengan kedatangan Islam (dan riba diharamkan) mereka masih memiliki (pada para pemiutang) baki harta benda yang banyak, maka diturunkan ayat ini (al-Baqarah ayat 278 untuk melarang mereka memungut baki harta mereka berupa riba yang mereka praktikkan ala jahiliah itu.

2. Ayat tersebut turun dengan ada kaitannya dengan kabilah Tsaqif yang melakukan amalan riba, kemudian (mereka memeluk Islam) dan bersepakat dengan Nabi s.a.w untuk tidak melakukan riba lagi. Tetapi pada waktu pembukaan kota Mekah, mereka masih ingin memungut baki wang hasil riba yang belum sempat mereka pungut sebelum turunnya larangan riba, seakan-akan mereka beranggapan bahawa larangan tersebut hanya berlalu pada masa itu, bukan pada masa dhulu. Maka turunlah ayat tersebut untuk menegaskan larangan memungut baki riba itu.

Atas dasar riwayat-riwayat tersebut dan riwayat-riwayat lainnya, Ibn Jarir menyatakan bahawa ayat-ayat tersebut membawa bermakna: “Tinggalkanlah tuntutan apa yang tersisa daripada riba, iaitu yang berlebih daripada modal kamu… ’
Oleh hal yang demikian itu, amat tepat apan yang ditemui dalam al-Quran yang bermaksud:I “Tinggalkanlah sisa riba yang belum dikutip.” Atas dasar ini, tidak tepat untuk menjadikan pengertian riba pada ayat terakhir yang turun itu melebihi pengertian riba pada ayat di dalam surah Ali Imran yang lalu (adh’afan mudha’afah) kerana riba yang dimaksudkan adalah riba yang mereka lakukan pada masa yang lalu (jahiliah). Dapat disimpulkan bahawa bahawa riba yang diharamkan al-Quran adalah yang disebutkannya sebagai ‘adh’afan mudha’afah’ atau yang diistilahkan sebagai ‘riba al-nasiah’.

Kembali kepada masalah awal. Apakah perkara ini bermakna bahawa apabila penambahan atau kelebihan tidak bersifat ‘berlipat ganda’ tidak diharamkan al-Quran? Jawapannya, terdapat pada kata kunci berikutnya, iaitu ‘fa lakum ru’usu amwalikum’ (bagimu modal-modal kamu) (surah 2:279). Ini bermakna, apa yang berhak mereka peroleh kembali hanyalah modal-modal mereka.
Jika demikian, setiap penambahan atau kelebihan daripada modal tersebut yang dipungut dalam keadaan yang sama dengan apa yang terjadi pada masa turunnya ayat-ayat riba ini tidak boleh dibenarkan. Dan dengan demikian, kata kunci ini menetapkan bahawa segala bentuk penambahan atau kelebihan, baik berlipat ganda mahupunau tidak, telah diharamkan al-Quran dengan turunnya ayat tersebut. Dan ini bermakna juga bahawa kata ‘adh’afan mudha’afah’ bukan syarat tetapi sekadar penjelasan tentang riba yang sudah lumrah mereka praktikkan.

Kesimpulan yang diperoleh ini menjadikan persoalan kata ‘adh’afan mudha’afah’ tidak penting lagi, apakah ia syarat atau bukan, apakah yang dimaksudkan dengan berlipat ganda atau bukan, pada akhirnya yang diharamkan adalah segala bentuk lebihan. Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa lebihan yang dimaksudkan adalah dalam keadaan yang sama seperti yang terjadi pada masa turunnya al-Quran dan yang diisyaratkan oleh penutup ayat al-Baqarah ayat 279 tersebut, iaitu ‘la tazhlimun wa la tuzhlamun’ (kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya).

Kesimpulan yang diperoleh daripada riwayat-riwayat tentang amalan riba pada masa turunnya al-Quran, sebagaimana telah dikemukakan di atas, menunjukkan bahawa amalan tersebut mengandungi penganiayaan dan penindasan terhadap orang yang memerlukan dan yang seharusnya menerima bantuan.

Kesimpulan tersebut ditegaskan menerusi penutup ayat 279 surah al-Baqarah di atas, sebagaimana sebelumnya ia diperkuatkan dengan huraian tentang perbezaan riba dengan sedekah, seperti yang dikemukakan oleh Rasyid Redha, yang menunjukkan bahawa keperluan si peminjam yang begitu tendesak sehingga sewajarnya ia diberi bantuan sedekah, bukan pinjaman, atau paling tidak diberi pinjaman tanpa mengenepikann sedekah. Kemudian pada ayat 280 ditegaskan bahawa, “Dan jika orang yang berhutang itu dalam kesukaran (sehingga tidak mampu membayar pada waktu yang ditetapkan), maka berilah penangguhan sehingga ia mampu membayarnya, dan kamu menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang itu) lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

KESIMPULAN
Kesimpulan terakhir yang dapat kita ambil bahawa riba pada masa turunnya al-Quran adalah lebihan yang dikutip bersama jumlah hutang yang mengandungi unsur penganiayaan dan penindasan, bukan sekadar kelebihan atau penambahan jumlah hutang.
Kesimpulan di atas diperkuatkan pula dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w yang membayar hutang dengan penambahan atau nilai lebih. Sahabat Nabi s.a.w, Abu Hurairah, memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah meminjam seekor unta dengan umur tertentu kepada seseorang, kemudian orang tersebut datang kepada Nabi untuk menagihnya. Dan ketika itu dicarikan unta yang sesuai umurnya dengan unta yang dipinjamnya itu, tetapi Nabi tidak mendapatkannya kecuali yang lebih tua. Maka baginda memerintahkan untuk memberikan unta tersebut kepada orang yang meminjamkan kepada baginda, sambil bersabda yang bermaksud “Sebaik-baik kamu adalah yang sebaik-baiknya membayar hutang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rabu, 6 Oktober 2010

Salim Maula Abu Hudzaifah - Pakar Al Qur`an yang Terbaik

Pada suatu hari, Rasulullah saw. berpesan kepada para sahabatnya, “Belajarlah Al Qur'an daripada empat orang: Abdullah bin Mas'ud, Salim Maula Abu Hudzaifah, Ubai bin Ka'b dan Muadz bin Jabal."
Kita sudah berkenalan dengan Abdullah bin Mas'ud, Ubai dan Muadz. Jadi, siapakah pula sahabat yang keempat yang dijadikan Rasulullah sebagai rujukan untuk mengajarkan AI Qur'an?
Dialah Salim Maula (hamba yang dibebaskan oleh) Abu Hudzaifah.
Dahulunya, beliau merupakan seorang hamba yang dijual beli, lalu Islam mengangkat martabatnya, sehingga beliau dijadikan anak angkat oleh seorang tokoh Islam terkemuka, yang sebelum masuk Islam juga seorang bangsawan dan pemuka Quraisy.
Selepas Islam menghapuskan budaya anak angkat ketika itu, beliau menjadi saudara dan kawan rapat kepada orang yang memerdekakannya, yaitu sahabat mulia Abu Hudzaifah bin Utbah.
Berkat kurnia dan nikmat daripada Allah ta'ala, ruhiyah, tingkahlaku dan ketakwaan Salim mencapai ke puncaknya, sehinggakan beliau disegani dan dihormati oleh rakan-rakannya sesama muslim.
Sahabat Rasul yang mulia ini biasanya dipanggil "Salim Maula Abu Hudzaifah" kerana dahulunya beliau merupakan seorang hamba yang dijual beli, kemudiannya dimerdekakan.
Beliau beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sejak awal lagi, sehingga digolongkan dalam kalangan as-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang mula-mula memeluk Islam).
Hudzaifah bin Utbah sendiri juga telah masuk Islam sejak awal. Beliau tidak peduli dengan ayahnya (Utbah bin Rabi'ah) yang sedang marah dan kecewa kerana anaknya (Hudzaifah) telah masuk Islam. Padahal, Hudzaifah memiliki kewibawaan tinggi dalam kalangan orang Quraisy dan bahkan, dirinya telah dipersiapkan untuk menjadi pemimpin Quraisy. Setelah memerdekakan Salim, Abu Hudzaifah menjadikannya sebagai anak angkat. Disebabkan inilah, Salim dikenali sebagai Salim bin Abu Hudzaifah.
Selepas itu, kedua-dua mereka beribadah kepada Allah dengan penuh khusyu dan ketaatan. Setiap siksaan dan tipu daya Quraisy, mereka hadapi dengan penuh kesabaran.
Pada suatu hari, turunlah ayat yang menghapuskan budaya anak angkat yang berlaku pada waktu itu. Setiap anak angkat mestilah disebut sesuai dengan nama ayah kandungnya, bukan ayah angkatnya.
Zaid yang pada waktu itu merupakan anak angkat Nabi saw. dan juga dikenali dalam kalangan kaum muslimin sebagai Zaid bin Muhammad saw., menggunakan nama ayah kandungnya semula iaitu Haritsah, lalu namanya menjadi Zaid bin Haritsah. Akan tetapi, ayah Salim tidak dapat diketahui sehinggakan beliau akhirnya dinasabkan dengan orang yang telah memerdekakannya, maka beliau dipanggil Salim Maula Abu Hudzaifah.
Boleh jadi, ketika Islam menghapuskan budaya anak angkat, Islam ingin menegaskan kepada umatnya, "Janganlah kamu mencari-cari hubungan kekeluargaan dan silaturahim untuk menguatkan persaudaraan yang lebih besar dan lebih kuat berbanding Islam itu sendiri dan juga akidah yang menjadikan kalian bersaudara."
Hal ini telah difahami dengan baik oleh kaum muslimin generasi as Sabiqun al Awwalun. Setelah Allah dan Rasul-Nya, tidak ada yang lebih mereka cintai melainkan saudara seakidah dengan mereka. Kita telah melihat bagaimana orang-orang Ansar menyambut saudara-saudara mereka, kaum Muhajirin. Mereka membahagikan harta dan tempat tinggal mereka kepada dua bahagian, bahkan ada yang memberi semua yang mereka miliki.
Inilah yang terjadi antara Abu Hudzaifah, seorang bangsawan Quraisy terhadap Salim yang dahulunya hamba belian yang tidak diketahui siapa ayahnya itu. Sehingga akhir hayat mereka, hubungan kedua-dua mereka ini lebih erat dan bukan sekadar sebagai dua orang adik-beradik, sehinggakan ketika meninggal dunia, mereka mati bersama-sama, nyawa melayang bersama dan tubuh mereka terbaring berdampingan.
Inilah kemuliaan Islam yang tiada dua. Bahkan, ini baru satu daripada sekian banyak kemuliaan dan keistimemewaan Islam.
Keimanan Salim sudah mencapai ke puncaknya. Beliau telah menempuh jalan menuju Allah dengan soleh dan ketakwaan. Oleh itu, salasilah keturunan dan kedudukannya di masyarakat sudah tidak menjadi masalah lagi, kerana ketakwaan dan keikhlasannya telah mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi di tengah-tengah masyarakat yang baru dibangunkan oleh Islam dengan tapak dan asas baru yang adil lagi mulia.
Asas itu diceritakan dalam firman Allah berikut.
"Sesungguhnya, yang paling mulia antara kamu ialah yang paling bertakwa"(al Hujurat, 49:13)
Juga dikhabarkan dalam hadis berikut.
"Tidak ada keutamaan bagi seorang Arab terhadap yang bukan Arab, kecuali kerana ketakwaannya, dan tidak ada keutamaan bagi seorang kulit putih terhadap seorang kulit hitam kecuali kerana ketakwaannya."
Dalam masyarakat baru yang bersih itu, Abu Hudzaifah pasti disanjung-sanjung sekiranya menjadi wali bagi seseorang yang dahulunya menjadi hamba belian. Bahkan, keluarganya juga akan disanjung jika menikahkan Salim dengan keponakannya yang bernama Fatimah binti Walid bin Utbah.
Di tengah-tengah masyarakat baru dan bersih yang menghancurkan sistem kasta yang menganiaya dan diskriminasi yang tidak adil inilah, Salim selalu berada di barisan hadapan disebabkan kejujuran, keimanan dan jasa baiknya.
Benar, dialah yang menjadi imam solat jemaah bagi kaum Muhajirin selama mereka bersolat di Masjid Quba'.
Beliau menjadi rujukan bagi mereka yang ingin mempelajari Al Qur'an, sehinggakan Rasulullah menyuruh kaum muslimin belajar daripadanya. Beliau juga memiliki banyak kebaikan dan kelebihan sehingga Rasulullah pernah bersabda kepadanya, "Segala puji bagi Allah yang menjadikan dalam umatku, orang sepertimu." Bahkan sahabat-sahabatnya ketika itu menggelarkannya sebagai Salim "orang yang soleh".
Riwayat hidup Salim seperti riwayat hidup Bilal dan puluhan hamba belian serta fakir miskin lain yang dibebaskan oleh Islam dari belenggu perhambaan dan kelemahan, lalu Islam menjadikan mereka pemimpin dalam masyarakat madani.
Pada diri Salim, terkumpul seluruh keutamaan dan kelebihan yang diajarkan oleh Islam. Bahkan boleh dikatakan, semua keutamaan itu berdesakan memenuhi diri dan sekitarnya. Dan kesungguhan imannyalah yang menjaganya dengan baik.
Antara kelebihannya yang paling menonjol ialah beliau berani menyatakan secara jelas apa yang dianggapnya benar. Beliau tidak mahu diam jika menurutnya, pada waktu itu beliau harus berbicara. Beliau tidak mahu mengkhianati kehidupan dengan berdiam diri terhadap suatu kesalahan yang dapat menguburkan kehidupan itu.
Selepas peristiwa pembukaan kota Mekah, Rasulullah menghantar beberapa buah pasukan kecil ke kampung-kampung dan suku-suku Arab di sekeliling Mekah, dan memberitahukan kepada penduduknya bahawa Rasulullah saw. menghantar utusan tersebut untuk berdakwah dan bukan untuk berperang.
Khalid bin Walid terpilih sebagai ketua salah sebuah pasukan tersebut. Ketika Khalid sampai di tempat yang dituju, terjadilah suatu peristiwa yang menyebabkan beliau terpaksa menggunakan senjata lalu membunuh. Ketika berita peristiwa ini sampai kepada Nabi saw., baginda tidak henti-henti memohon keampunan daripada Allah. Baginda berkata, "Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada perbuatan yang dilakukan oleh Khalid."
Bahkan, peristiwa ini selalu diingati oleh Saidina Umar dan mempengaruhi sikap dan pandangannya terhadap Khalid. Beliau berkata, "Sesungguhnya, pedang Khalid itu terlalu tergesa-gesa."
Dalam pasukan kecil yang diketuai oleh Khalid itulah terdapat Salim Maula Abu Hudzaifah dan sahabat yang lain. Ketika beliau melihat tindakan Khalid tersebur, Salim menegurnya habis-habisan dan memberitahukan kesalahannya sedangkan Khalid, yang merupakan seorang komandan dan juga pahlawan hebat pada zaman Jahiliah dan selepas Islam, kadang-kadang diam sambil mendengar, kadang-kadang membela hujahnya dan kadang-kadang berbicara dengan suara lantang. Namun, Salim tetap berpegang pada pendiriannya dan mengemukakannya tanpa rasa takut atau basa-basi.
Pada waktu itu, Salim tidak memandang Khalid sebagai pemuka bangsawan dan memandang dirinya sebagai hamba belian. Tidak! Hal ini kerana Islam telah menyamakan kedudukan mereka. Beliau juga tidak memandangnya sebagai komandan yang bebas untuk berbuat apa-apa kesalahan, tetapi sebagai rakan seperjuangan. Teguran yang beliau tujukan kepada Khalid bukan kerana maksud tertentu atau dengan tujuan tertentu, tetapi sebagai nasihat yang dijunjung tinggi oleh Islam, dan dijadikan oleh Nabi saw. sebagai sendi agama. Baginda pernah bersabda, "Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat."
Ketika Rasulullah saw. mendengar tindakan Khalid itu, beliau bertanya, ''Adakah sesiapa yang tidak bersetuju dengannya?"
Alangkah indah dan hebatnya pertanyaan ini. Kemarahan Rasulullah pun mereda ketika para sahabat menjawab, "Ada. Salim Maula Abu Hudzaifah."
Salim menjalani kehidupannya bersama Rasulullah dan kaum muslimin. Beliau tidak pernah tertinggal satu peperangan pun. Beliau juga tidak pernah berhenti beribadah. Persaudaraannya dengan Abu Hudzaifah pula semakin hari semakin erat.
Waktu terus berjalan.
Setelah Rasulullah pulang ke rahmatullah, Khalifah Abu Bakar menghadapi pengkhianatan jahat orang-orang murtad. Lalu, tibalah saatnya peperangan Yamamah, suatu pertempuran yang sangat dahsyat, yang belum pernah dialami oleh kaum muslimin sebelumnya.
Kaum muslimin berperang, tidak ketinggalan Salim dan saudara seakidahnya, Abu Hudzaifah. Pada awal peperangan, kaum muslimin ditimpa kekalahan, sehinggakan setiap pejuang muslim merasakan bahwa menang dalam peperangan ini merupakan suatu tanggungjawab terhadap diri masing-masing.
Khalid bin Walid mengumpulkan mereka lalu mengatur strategi baru yang hebat. Dua saudara ini , Abu Hudzaifah dan Salim, berpelukan dan saling berjanji dan bersiap sedia untuk syahid demi Islam yang telah memberi mereka kebahagiaan dunia dan akhirat. Lalu kedua-dua mereka menceburkan diri dalam kecamuk perang yang dahsyat itu.
Abu Hudzaifah berseru, "Wahai Ahlul Qur'an, hiasilah Al Qur'an dengan tindakan kamu," sementara pedangnya menyabit ke sana dan ke mari seperti angin taufan yang memporak-perandakan pasukan Musailamah al Kazzab.
Salim pun berseru, "Seburuk-buruk Ahlul Qur'an ialah diriku, jika kaum muslimin mendapat serangan dari arahku." Jangan berkata begitu, wahai Salim! Kerana sebaik-baik Ahlul Qur'an ialah dirimu.
Pedangnya bagai menari-nari, menebas kepala orang-orang murtad yang hendak mengembalikan jahiliah Quraisy dan memadamkan cahaya Islam.
Tiba-tiba, sebuah pedang musuh menebas tangannya hingga putus. Pada waktu itu, beliau memegang panji kaum Muhajirin menggantikan Zaid bin Khattab yang telah gugur mendahuluinya. Mengetahui tangan kanannya putus, beliau segera mendapatkan bendera dengan tangan kirinya dan terus mengibarkannya sambil membaca firman Allah,
"Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama orang yang bertakwa yang jumlahnya besar. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah. Mereka tidak lesu dan tidak menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar." (Ali Imran, 3:146)
Alangkah mulianya semboyan ini. Inilah semboyan yang dipilih oleh Salim ketika ajal menjemputnya.
Sekumpulan tentera murtad mengepung dan menyerangnya. Salim akhirnya rebah. Namun ruhnya masih belum mahu meninggalkan tubuhnya yang suci, meskipun perang sudah tamat dengan matinya Musailamah aI Kazzab dan kekalahan pasukannya. Perang ini tamat dengan kemenangan kaum muslimin.
Ketika kaum muslimin mencari-cari anggota pasukan mereka yang gugur, mereka mendapati Salim sedang nazak. Beliau bertanya kepada mereka, "Bagaimanakah nasib Abu Hudzaifah?"
Mereka menjawab, "Beliau telah syahid."
Beliau berkata, "Baringkan aku di sampingnya."
"Beliau di sampingmu, wahai Salim. Beliau gugur di tempat itu."
Salim tersenyum. Dan itulah senyumannya yang terakhir. Beliau sudah tidak berkata-kata. Beliau dan rakan rapatnya itu telah mencapai cita-cita yang mereka dambakan selama ini.
Kedua-duanya masuk Islam bersama.
Hidup bersama.
Dan syahid bersama.
Sungguh, satu perjalanan hidup dan nasib yang menakjubkan.
Salim telah pergi menghadap Allah. Kaum muslimin kehilangan seorang tokoh besar yang sangat dikagumi Umar. Sebelum meninggal dunia, Umar pernah berpesan, "Seandainya Salim masih hidup, pasti aku akan serahkan urusan khilafah kepadanya setelah kematianku."

Selasa, 5 Oktober 2010

Istiqamah dalam beribadah

Istiqamah dalam beribadah


ISTIQAMAH secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan. Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap individu Muslim. Ada beberapa perkara yang boleh menjana sikap istiqamah dalam beribadah antaranya :

1. Ilmu yang mantap Kekuatan ilmu adalah perkara utama dalam menjana rasa istiqamah. Melalui ilmu akan menumbuhkan keyakinan dan keimanan yang kukuh. Oleh itu, ilmu pengetahuan adalah perkara yang mesti dipelajari terlebih dahulu sebelum ibadah dapat dilakukan dengan sempurna. Ini kerana tidak mungkin seseorang itu tertumpu kepada sesuatu yang tidak ia ketahui hakikatnya. Perkaitan antara ibadah dan istiqamah telah diungkap oleh Allah Subahanahu Wataala sebagaimana firman-Nya yang tafsirnya: "Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepada-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhi-Nya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."(Surah Al Hajj ayat 54). Kemantapan ilmu akan menjadikan nilai ibadah lebih bermakna. Kita juga memahami tujuan ibadah tersebut, bagaimana perlaksanaan yang sebenar serta lebih yakin tentang hikmah-hikmah yang terkandung di dalam setiap ibadah. Ia juga mendorong seseorang Muslim itu melakukan ibadah bukan sekadar ikut-ikutan tanpa memahami tuntutan sebenar ibadah tersebut.

2. Bersahabat dengan orang-orang yang beristiqamah Sahabat adalah cermin bagi seseorang sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis Baginda yang bermaksud: "Orang mukmin laksana cermin bagi mukmin yang lain (untuk membetulkan diri)." (Hadis riwayat Al-Imam Abu Daud). Orang-orang yang berjiwa istiqamah akan sentiasa berbuat kebajikan, nasihat-menasihati dan tidak mudah berputus asa dan sabar dalam melaksanakan ibadah. Justeru itu, kita perlu berhati-hati memilih sahabat, kerana implikasi bersahabat amat besar dalam mempengaruhi mentaliti dan moral kita.

3. Menghayati sirah orang-orang yang beristiqamah Sirah dan sejarah hidup orang-orang yang beristiqamah wajar dibaca dan dihidupkan di dalam diri kita. Dengan cara ini, pengaruh positif mereka bakal meninggalkan kesan yang baik kepada seseorang untuk menimbulkan keazamannya dalam meneladani kehidupan mereka. Sikap istiqamah mereka terpancar dari sudut keilmuan seperti kegigihan dalam menuntut serta menyampaikan ilmu dan menulis karya-karya ilmiah yang agung. Selain dari itu, umat Islam perlu juga sentiasa menghayati ketahanan daya istiqamah pejuang-pejuang terdahulu dalam jihad mereka menegakkan Islam dan ketabahan mereka ketika menghadapi kezaliman serta penganiayaan daripada musuh-musuh Allah.

4. Mujahadah melawan nafsu Antara faktor yang dapat membantu kita untuk mencapai sikap istiqamah ialah mujahadah iaitu mengarahkan hati untuk berjuang melawan runtunan nafsu yang merangsang ke arah kejahatan. Di samping itu, keinginan nafsu serta kehendak-kehendak duniawi wajarlah dibimbing sehingga ia mejurus ke arah kebaikan dan keikhlasan, kerana Allah Subhanahu Wata''ala semata-mata. Memang tidak dapat dinafikan mujahadah melawan hawa nafsu itu tidak mudah, ia adalah suatu yang mencabar dan perlu ditempuhi bagi mereka inginkan jalan akhirat. Segala kesulitan dalam bermujahadah melawan hawa nafsu adalah ujian yang perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh dan sabar serta tawakal kepada Allah Subhanahu Wata''ala.

5. Doa memohon pertolongan Allah Umat Islam perlu berdoa memohon pertolongan Allah Subhanahu Wataala dalam apa jua urusan hidup, sama ada di saat senang mahupun di waktu ditimpa kesusahan. Doa adalah senjata bagi orang mukmin dan dalam hal ini ulama hadis, Al-Imam As-Syaukani menyatakan bahawa doa merupakan darjat ibadah paling tinggi dan mulia. Justeru itu, umat Islam perlu menggunakan senjata rohaniah ini untuk memohon hidayah Allah supaya segala tuntutan akapat direalisasikan secara istiqamah dan dengan penuh rasa keikhlasan. Istiqamah merupakan keperluan asasi dalam segenap ibadah, kerana ia adalah bukti ketaatan dan kecintaan seorang hamba kepada Allah Subhanahu Wata''ala. Meskipun ibadah yang kita lakukan itu kecil sahaja, tetapi jika dilaksanakan secara istiqamah, maka ia lebih disukai oleh Allah berbanding yang besar, tetapi tidak disertai dengan sikap istiqamah.

Wassalam.

Ahad, 3 Oktober 2010

5 maksiat yang disegerakan pembalasannya.....

5 maksiat yang disegerakan pembalasannya.....

Dari Ibnu Omar r.a bekata: berhadapan Rasulullah S.A.W kepada kami(pada suatu hari) kemudian beliau bersabda:"Wahai kaum Muhajirin,lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya(kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T semoga kamu tidak menemui masa itu.





1.Tiada terzahir(nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha"un yang cepat merebak dalam kalangan mereka.Mereka juga akan ditimpa penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lalu.





2.Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dalam kalangan pemimpin meeka.





3.Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dilangit.Jikalau tiada binatang(yang juga terus hidup diatas muka bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah S.W.T.





4.Dan tiada mereka akan mungkir janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka,maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.





5.Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melakanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dalam kalangan mereka sendiri.



hadis riwayat Ibnu Majah

Alam Kubur

Alam Kubur




Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."


Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya." Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata." Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku."


Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh Malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: "Ya ayyatuhannafsul muth ma'innatur ji'i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah." (Yang bermaksud) "Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah." Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya: "Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ketempat yang rendah hina dan siksaNya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin."


Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."


Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

Menjaga sembahyang lima waktu

Banyak bersedekah

Banyak membaca al-quran

Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah) Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.


Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

Dusta

Kianat

Adu-adu

Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa didalam kubur."


Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya."


Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka."


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: "Hai hamba Allah, berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada ditempat, ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu diubun-ubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat dan segera-segera, sebab dibelakangmu ada yang mengejar kamu yaitu kubur, ingatlah bahawa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka dan kubur itu tiap-tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat."

40 Pesanan Saidina Ali r.a

40 Pesanan Saidina Ali r.a



Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.




1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.


2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.


3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.


5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.


6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.


7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.


8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.


9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.


10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.


11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.


12. Mengajar adalah belajar.


13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.


14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidakbaik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.


15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.


16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.


17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.


18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.


19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.


20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia kebenaran itu.


21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.


22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.


23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.


24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.


25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.


26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.


27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.


28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.


29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.


30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.


31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.


32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.


33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.


34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.


35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.


36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang
dikatakannya.


37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.


38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.


39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.


40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.


Esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam....

CARA MENINGGALKAN SIFAT RIAK

CARA MENINGGALKAN SIFAT RIAK

Adapun sifat riak maka itulah yang di namakan "syirik khafi" satu di antara dua bahagian syirik.Dan dimaksudkan dengan riak adalah bahawa engkau mencari sebarang penghargaan di hati manusia sehingga dengan itu engkau dapat mencapai kepangkatan dan kebesaran.manakala cinta kepada pangkat dan kedudukan pula termasuk dalam istilah "hawan muttaba" ertinya:hawa nafsu yang di perturutkan.Dengan penyakit riak ini ramai orang menjadi binasa.Amalannya tidak di terima sama sekali.Maka tadak ada yang membinasakan manusia selain manusia itu sendiri.Seandainya manusia mahu memikirkan hakikat perbuatan mereka tentu mereka tahu bahawa kebanyakan ilmu yang mereka cari-apatah lagi adat yang mereka lakukan-tidak lain adalah berpunca dari dorongan untuk menunjuk nunjuk kepada orang lain sedangkan tujuan seperti itu adalah menghilangkan pahala amalan seperti di sebutkan di dalam hadis yang bermaksud:

"Sesungguhnya ada orang yang mati syahid yang akan di humbankan ke dalam api neraka pada hari kiamat nanti.Lalu ia merasa hairan dan mengadu halnya kepada Allah sambil berkata:Wahai Tuhanku!bukankah aku telah mati syahid dalam membela agamamu?Allah menjawab:{tidak}sebenarnya engkau sanggup mati syahid supaya engkau di katakan seorang yang berani.Dan telah pun dikatakan orang demikian kepadamu.Maka itulah ganjaranmu."

Begitulah pula dikatakan kepada orang yang alim,haji dan qari{yang riak pada amalan mereka}.Jadi kesimpulannya marilah wahai saudaraku kita memperbaiki balik "nawaitu" kita supaya segala apa yang kita lakukan tidak lain hanyalah kerana Allah Taala seperti apa yang kita baca di dalam doa iftitah dalam solat kita yang bermaksud (sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku kerana Allah Taala)....Wallahu a' lam..

CARA MENINGGALKAN SIFAT HASAD

CARA MENINGGALKAN SIFAT HASAD

Sifat hasad ini adalah bercabang dari sifat bakhil kerana orang yang bakhil ialah orang yang tidak mahu memberikan sesuatu yang ada di tangannya kepada orang lain.dan syahih (bersangatan bakhil) ialah orang yang tidak mahu melihat kurnia Allah atau perbendaharaan Allah (NIKMAT) yang sebenarnya bukanlah perbendaharaannya tercurah kepada sesiapa sahaja daripada hamba Allah.Maka syahih sifat ini lebih jahat daripada bakhil dan orang yang hasad ialah orang yang merasa keberatan apabila Allah mencurahkan nikmat dan kurnia kepada seseorang yang Allah kehendaki samada berupa ilmu,harta,pangkat,kecintaan manusia atau apa saja yang berkisar dengan nikmat sehingga orang yang bersifat hasad ini bercita cita kalau boleh nikmat Allah itu hilang atau di tarik balik walaupun dia tidak mendapat keuntungan sekalipun daripada hilangnya nikmat tersebut.

Maka sifat hasad ini adalah kejahatan yang luar biasa kerana itu Rasulullah S.A.W telah bersabda:

ALHASADU YA'KULUL HASANA TI KAMA TA'KULUNNA RUL HATHOBA

Maksudnya : sifat hasad itu memakan akan pahala kebaikan seperti api memakan kayu bakar.......

Dan orang yang hasad ini sebenarnya sentiasa jauh dari kasih sayang Allah dan sentiasa berada dalam siksaan di dunia ini lebih lebih lagi di akhirat nanti.Di dunia ini dia terseksa dengan tekanan perasaan kerana bila-bila masa Allah selalu mencurahkan kurnianya kepada orang ramai bahkan kepada kawan-kawannya (orang yang hasad itu) yang dia kenali.Dan sentiasa lah dia dalam penyiksaan kerana Allah sentisa melimpahkan kurnia nikmatnya kepada ramai hambanya mengikut kehendaknya.Manakala di akhirat pula lebih dahsyat lagi kerana seseorang hamba tidak akan mencapai hakikat iman selama dia belum lagi mencintai seluruh kaum muslimin seperti apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri bahkan sepatutnya {{{hendaklah dia bersama dengan perasaan seluruh kaum muslimin baik dalam kesenangan ataupun kesusahan kerana orang islam itu ibarat sebuah bangunan.di mana satu bahagian mengukuhkan satu bahagian yang lain dan seperti sebatang tubuh apabila mana mana anggota merasa sakit maka penderitaan itu di rasakan oleh seluruh anggota badan yang lain}}}.Jadi jika engkau dapati hatimu bukan dalam keadaan yang seperti ini maka (sifat hasad dengki masih wujud dalam hatimu) dan hendaklah kamu berusaha untuk membersihkannya kerana usahamu dalam meninggalkan penyakit ini adalah lebih penting daripada engkau menyibukkan diri untuk mendalami ilmu furuk(cabang ilmu fekah yang halus-halus)yang ganjil-ganjil dan memperdalami masalah-masalah yang di khilafkan oleh para ulama...

wallahu a'lam....

(sumber di petik daripada kitab Bidayatul Hidayah karangan imam Hujjatul Al Ghazali R.A)

Sempurnakan Lima Syarat Supaya Solat Kita di Terima Oleh Allah

Sempurnakan Lima Syarat Supaya Solat Kita di Terima Oleh Allah

Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Aku hanya menerima solat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berdzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana "firdaus" diantara barisan Syurga".
(Hadis Riwayat Al-Bazzar)

Sahabat yang dimuliakan,
Solat adalah amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah s.w.t di hari akhirat nanti. Bila solatnya diterima maka barulah amalan-amalan yang lain di terima seperti puasa, zakat. haji, sedekah, bacaan al-Qur'an, berzikir, berbuat kebaikan kepada kedua orang tua dan berjihad di jalan Allah akan diterima dan dihisab. Jika solatnya ditolak maka amalan kebaikan yang lain tidak akan di hisab dan ianya akan terus dimasukkan ke dalam Neraka, nauzubillah.

Sebelum Allah s.w.t menerima solat seseorang hamba di hari akhirat nanti.maka Allah s.w.t. akan terima solat itu di dunia ini lagi.Jika Allah s.w.t menolak solat seseorang ketika di dunia maka solatnya tidak akan diterima apabila dipersembahkan olehnya dihadapan Allah s.w.t nanti. Selain daripada khusyuk dan betul dari rukun dan syarat sah solat, terdapat beberapa faktur lain yang akan diambil kira untuk diterima solat kita oleh Allah s.w.t.

Berdasarkan hadis Qudsi tersebut Allah s.w.t hanya akan menerima solat seseorang yang memiliki lima syarat tersebut dibawah ini :

1. Merendakkan diri kerana keagungan Allah.
Sifat merendahkan diri iaitu sifat tawadu' adalah sifat yang terpuji.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tidak ada seorang pun yang bertawadu' kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan darjatnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sifat tawadu' adalah satu sifat yang mulia, seseorang Muslim yang mempunyai sifat ini akan mendapat darjat yang tinggi disisi Allah s.w.t. Berlawanan dari sifat tawadu' adalah sifat sombong dan takbur.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kalian merendah hati, hingga tidak ada orang yang merasa tinggi daripada yang lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lain."

2. . Tidak bersikap sombong kepada makhluk Allah s.w.t.
Orang yang sombong suka menghina orang lain ketika di dunia ini, di akhirat nanti mereka pula akan di hina oleh Allah , Allah tidak akan memandang dan berbicara dengan mereka atau menyucikan mereka dan inilah kehidupan yang sebenar-benar hina.

Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh di rampas oleh sesiapa pun seperti sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

"Perkasa adalah kain sarung-Ku (Allah) dan sombong ialah pakaian-Ku, barangsiapa menandingi Aku daripada salah satu dari keduanya, nescaya Aku akan menyiksanya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sebuah hadis Qudsi yang lain bermaksud:
"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan makhluk."

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;
"Tidak akan masuk ke dalam Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan."

3.. Tidak berterusan melakukan maksiat. Jika melakukan sesuatu maksiat segera beristighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Kesesatan dan kesalahan yang berlaku adalah di sebabkan dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang tidak sedari sentiasa mendorong untuk melakukan maksiat, ditambah pula pengaruh kebendaan dan nikmat dunia yang menipu. Oleh itu jalan terbaik segeralah bertaubat dan memohon keampunan Allah s.w.t. di atas kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari dosanya."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."

4. Menghabiskan masanya untuk sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
Berzikir dan meningati Allah s.w.t adalah sifat orang-orang Mukmin, lidahnya sentiasa basah menyebut nama-nama Allah dan memuji dan memuja kebesaran dan keagungan-Nya.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”
( Surah Al Insan, Ayat 25 - 26)

Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,Allah s.w.t berfirman maksudnya : "Sesungguhnya,Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku,adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku,jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal,maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang mendekati aku dengan berjalan,maka Aku dekati dia dengan berlari."

5. Mengasihi orang-orang miskin, orang musafir ( ibnussabil) dan wanita janda dan orang yang ditimpa musibah (sentiasa memberikan bantuan kepada mereka).

Sifat mengasihi dan menyayangi orang-orang miskin, orang musafir dan wanita janda (ibu tunggal yang miskin dan menanggung anak yatim) dan orang yang sedang ditimpa musibah. Kemudian diberikan bantuan untuk membantu kesusahan mereka adalah satu sifat yang mulia disisi Allah s.w.t.

Sedekah adalah satu amalan soleh yang sangat dituntut oleh Islam. Sesiapa yang banyak bersedekah akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Sehinggakan Nabi s.a.w. ada menyatakan di dalam hadisnya bahawa salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah kerana Allah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Didalam riwayat yang yang lain Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa seorang dermawan yang ikhlas kerana Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga lebih awal daripada ulama dan orang yang mati syahid.

Sifat bakhil dan membenci orang miskin yang serba kekurangan, orang musafir (ibnussabil) yang terputus perbelanjaan dan tidak menghiraukan kesusuahan yang menimpa wanita janda meskin dan orang yang ditimpa musibah (penyakit atau kemalangan) adalah sifat tercela dan dimurkai oleh Allah s.w.t..

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai balasan daripada Allah s.w.t. kedudukan mereka yang memiliki lima ciri-ciri di atas akan bercahaya di hari akhirat seperti matahari. Sentiasa mendapat perlindungan dan kasih sayang daripada Allah s.w.t. dan malaikat akan menjaganya (keselamatan diri) dan diberinya nur sakinah di dalam hati dan jiwa ketika di dunia . Apabila Allah s.w.t megasihi dan mencintai hamba-hamba-Nya maka Allah s.w.t akan memberi rahmat, perlindungan, rezeki dan pertolongan-Nya ketika di dunia ini dan di hari akhirat nanti diberi pengampunan dan di masukkan kedalam Syurga yang tinggi seluas langit dan bumi dan mengalir sungai-sungai dibawahnya.Di sinilah puncak kebahagiaan yang sebenarnya.

Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dan perbaikilah amal soleh kita dan perbanyakkan kerja-kerja jihad dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan kebajikan. Sesungguhnya segala kebaikan kita akan dinilai dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

Wallahu 'a'lam...

Konsep "Zuhud" Dalam Pandangan Islam

Konsep Zuhud Dalam Pandangan Islam

Sahabat yang dimuliakan,

Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-A'laa ayat 16 dan 17 , yang mana Allah s.w.t. menyifatkan orang bukan Islam mengutamakan dunia semata-mata, kemudian Allah menyebut kehidupan akhriat lebih baik dan kekal.

Firman Allah s.w.t bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa: 16-17)

Ibnu al-Qayyim mengatakan bahwa zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.

Al-Imam Hasan Al-Bashri menyatakan bahwa zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.

Di sini zuhud ditafsirkan dengan tiga perkara yang semuanya berkaitan dengan perbuatan hati:

1. Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi Allah lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan Allah. Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab, “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin karena percaya kepada Allah, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi, “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan Rabb-ku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”

2. Seorang Mukmin yang zuhud, apabila terkena musibah, baik itu kehilangan harta, kematian anak atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala kerananya daripada mengharapkan kembalinya harta atau anaknya tersebut. Hal ini juga timbul kerana keyakinannya yang sempurna kepada Allah.

3. Baginya orang yang memuji atau yang mencelanya ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja. Seorang yang zuhud menganggap dunia itu kecil sahaja, maka dia akan lebih memilih celaan daripada pujian. Hal itu akan mendorongnya untuk melaksanakan kebenaran dan tidak khawatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), dia melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah. Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap sama kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya, bererti menunjukkan bahwa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.

Hakikat zuhud itu berada di dalam hati, yaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari hati seorang hamba. Ia jadikan dunia (hanya) di tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta kepada Allah dan akhirat.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau seperti orang yang melintas ( Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sayyidina Ali k.w. pernah berkata , "Aku telah talak dunia dengan talak tiga" ini bermaksud dunia ini tidak masuk di dalam hatinya, apa yang beliau lakukan adalah semata-mata kerana Allah dan tidak ada langsung kepentingan dunia masuk di dalam hatinya.

Sebagai seorang Khalifah Islam kezuhudan beliau tidak menghalang beliau untuk mentakbir negara dengan adil dan saksama dan menjaga kemaslahatan rakyat. Diberitakan setiap pagi beliau akan menghantar makanan dipintu rumah ibu-ibu tunggal yang miskin dan kematiaan suami. Setelah kewafatan beliau tidak ada lagi makanan yang dihantarkan, barulah mereka tahu bahawa yang menghantar makanan adalah beliau sendiri.

Dalam pribadi Sayyidina Ali k.w , antara zuhud dan tanggungjawab sosial bertemu. Beliau adalah seorang yang zuhud sekaligus orang yang paling peka terhadap tanggungjawab sosial. Beliau termasuk orang yang paling sukar tidur ketika menyaksikan ketidak adilan atau mendengar rintihan orang-orang kecil. Beliau tidak pernah mengenyangkan perutnya selama ada orang-orang yang lapar di sekitarnya. Beliau pernah berkata: "Demi Allah, aku bersumpah, andaikan aku dipaksa tidur di atas duri-duri padang pasir, atau aku dibelenggu kemudian dipendam hidup-hidup dalam tanah, sungguh ini semua lebih baik daripada aku berjumpa Allah dan Rasul-Nya di hari kiamat sementara aku pernah berbuat zalim kepada hamba-hamba Allah."

Terdapat empat perkara kenapa kita perlu kepada zuhud :

1. Keimanan yang kuat dan selalu ingat bagaimana ia berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat guna mempertanggung-jawabkan segala amalnya, yang besar maupun yang kecil, yang nampak ataupun yang tersembunyi. Ingat! betapa dahsyatnya peristiwa datangnya hari kiamat kelak. Hal itu akan membuat kecintaannya terhadap dunia dan kelezatannya menjadi hilang dalam hatinya, kemudian meninggalkannya dan merasa cukup dengan hidup sederhana.

2. Merasakan bahwa dunia itu membuat hati terganggu dalam berhubungan dengan Allah, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, dimana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh.

Firman Allah maksudnya :“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (Surah At-Takaatsur ayat 6)

Perasaan seperti ini akan mendorong seorang hamba untuk hidup zuhud.

3. Dunia hanya akan didapatkan dengan susah payah dan kerja keras, mengorbankan tenaga dan fikiran yang sangat banyak, dan kadang-kadang terpaksa harus bergaul dengan orang-orang yang berperangai jahat dan buruk. Berbeza halnya jika menyibukkan diri dengan berbagai macam ibadah; jiwa menjadi tentram dan hati merasa sejuk, menerima takdir Allah dengan tulus dan sabar, ditambah akan menerima balasan di akhirat. Dua hal di atas jelas berbeza dan (setiap orang) tentu akan memilih yang lebih baik dan kekal.

4. Merenungkan ayat-ayat Al-Qur’an yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud, “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya Nerakalah tempat tinggal(nya).”

(Surah An-Naaziat ayat 37-39)

Dalam ayat yang lainnya Allah berfirman maksudnya :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa: 16-17)

Semua dalil-dalil, baik dari Al-Qur’an maupun as-Sunnah, mendorong seorang yang beriman untuk tidak terlalu bergantung kepada dunia dan lebih mengharapkan akhirat yang lebih baik dan lebih kekal.

Sahabat yang dihormati,

Zuhud yang disyariatkan dan bermanfaat bagi orang yang menjalaninya adalah zuhud yang dicintai oleh Allah dan rasul-Nya, yaitu meninggalkan segala sesuatu yang tidak bermanfaat demi untuk mencapai kehidupan akhirat. Adapun sesuatu yang memberi manfaat bagi kehidupan akhirat dan membantu untuk mendapatkannya adalah termasuk salah satu jenis ibadah dan ketaatan.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :“Carilah apa yang bermanfaat bagi dirimu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Yang bermanfaat bagi seorang hamba adalah beribadah kepada Allah, menjalankan ketaatan kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya. Dan semua yang menghalangi hal ini adalah perkara yang mendatangkan kemudharatan dan tidak bermanfaat. Yang paling berguna bagi seorang hamba adalah mengikhlaskan seluruh amalnya kerana Allah.

Orang yang tidak memperhatikan segala yang dicintai dan dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya akan banyak menyia-nyiakan kewajiban dan jatuh ke dalam perkara yang diharamkan; meninggalkan sesuatu yang merupakan keperluannya seperti makan dan minum; memakan sesuatu yang dapat merusak akalnya sehingga tidak mampu menjalankan kewajiban; meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar; meningalkan jihad di jalan Allah kerana dianggap mengganggu dan merugikan orang lain. Pada akhirnya, orang-orang kafir dan orang-orang jahat mampu menguasai negeri mereka kerana meninggalkan jihad dan amar ma’ruf tanpa ada maslahat yang nyata.

Sahabat,

Ada yang tertanya-tanya samada Islam menentang kekayaan dan perolehan harta? Sebenarnya Islam tidak menentang kekayaan dan perolehan harta. Umat Islam perlu harta untuk membantu pentadbiran negara Islam yang berdaulat dan kuat ianya memerlukan kepada dana yang besar untuk pembangunan negara dan kemaslahatan rakyat jelata.

Zuhud adalah satu sifat yang amat baik dan terpuji di dalam Islam, bagaimanapun perlu difahami bahawa mendapati terdapat salah faham masyarakat Islam dalam memahami ertinya, sehingga ia ditakrifkan sebagai menjauhkan diri dari dunia dan membiarkan diri miskin. Ada juga yang mengganggap zuhud sebagai tidak menggunakan harta yang diperolehi untuk diri, dan keluarganya.

Ada dikalangan kita mengatakan bahawa zuhud jika berumah, berpakaian dan berkereta usang walaupun mempunyai harta. Membiarkan umat Islam tidak membina sebarang kilang, bangunan dan perniagaan kerana ia dikira sebagai zuhud iaitu lari dari dunia sejauh-jauhnya. Dengan demikian dunia akan datang kepada kita. Adakah ini benar-benar yang diarahkan oleh Islam ?.

Sebenarnya Islam mengalakkan kita memiliki harta dan kekayaan. Kekuatan darisegi ekonomi akan membuatkan umat Islam dapat mengatasi kekuatan orang kafir. Islam akan dipandang mulia kerana negara dan umatnya memiliki ilmu, harta, kekayaan dan kekuatan darisegi ekonomi.

Allah s.w.t. indah dan Dia suka yang indah-indah. Bila kita menggunakan nikmat Allah s.w.t dan bersyukur di atas pemberian-Nya maka ianya disukai oleh Allah s.w.t. Memiliki kereta baru, rumah banglow dan ladang pertaniaan yang luas , saham perniagaan dan kilang-kilang perusahaan tidak dilarang selagi hati dan jiwa kita tidak cintakan dunia. Kita menganggap semua harta ini adalah pinjaman sementara di dunia ini dan ianya adalah amanah daripada Allah s.w.t. Walaupun pada zahirnya ia sebuk uruskan perniagaan di dunia tetapi hatinya sentiasa sebuk dengan akhirat dan ia akan salurkan semua keuntungan dan rezeki yang Allah kurniakan untuk jalan Allah dan mencari keredhaan-Nya.

Zuhud itu adalah mencari dan membelanjakan harta tanpa melupakan hukum dan keredhaan Allah s.w.t.. Pandangan Allah akan sentiasa menjadi ‘priority' dalam pengurusan dan pendapatan hartanya. Ia juga akan memastikan zakat dan sedeqah dikeluarkan. Itulah zuhud namanya dan bukannya menjadikan diri miskin dan menjauhi dunia.

Oleh itu marilah sama-sama kita meningkatkan martabat diri kita menuju kepada zuhud kepada Allah s.w.t. iaitu tidak ada sedikit pun kecintaan hati kita kepada harta dunia yang sementara ini. Dan hati kita sentiasa disebukkan dengan keyakinan pada hari akhirat dan nikmat Syurga yang kekal abadi. Walaupun kita memiliki hati yang cinta pada hari akhirat tetapi ianya tidak menjejaskan kehidupan kita seharian. Bila kita bekerja kita bekerja bersungguh-sungguh tidak buang masa dengan sia-sia dan bila kita berniaga kita berniaga bersungguh-sungguh tidak ada penipuan dan pecah amanah. Semoga dengan keuntungan yang diperolehi akan dibayar zakat, bersedeqah dan infak dijalan Allah s.w.t. Meningkatkan taraf ekonomi umat Islam adalah satu jihad yang besar...

Wallahu 'a'lam...

Syeikh Idris Al-Marbawi

Syeikh Idris Al-Marbawi

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

ulama' ikutan kita

ulama' ikutan kita

ulama' ikutan kita

ulama' ikutan kita

Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus