Arkib Blog

Isnin, 30 Ogos 2010

10 ORANG MAYATNYA TIDAK REPUT DAN BUSUT DIHARI KIAMAT

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : ‘Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?’
Maka jawabnya Rasulullah saw ‘Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.’ Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN’ mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian’ Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
‘ Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ‘

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
‘Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.’

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ‘
Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.’ Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ..


                             

CARA MENINGGALKAN SIFAT UJUB

CARA MENINGGALKAN SIFAT UJUB

Ujub,takbur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah satu penyakit hati yang sangat susah di ubati.Dan ujub itu ialah memandang kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran dan memandang kepada orang dengan pandangan penghinaan.
Dan alamak yang nampak pada lidah orang yang ujub itu selalu dai maengatakan "aku begini begini".perkataan aku begini itu adalah perkataan sombong iblis {kepada Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam A.S} seperti yang di terangkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana engkau menjadikan aku daripada api dan engkau menjadikannya daripada tanah"(surah Al-A'raf ayat 12)

Dan alamak yang nampak bagi orang yang bersifat ujub itu di dalam majlis orang yang ramai ialah dia selalu suka mengangkatkan dirinya dan menganggapnya lebih berkebolehan daripada orang lain dan dia suka menonjolkan diri di dalam perbincangan dan tidak senang kalau ada orang lain menolak pandangannya.Dan orang yang takbur ialah orang yang tidak senang apabila dia di beri nasihat dan dia mengkasarkan bahasa kalau dia memberi nasihat kepada orang lain.Maka siapa yang menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain maka itulah orang yang bersifat takbur...

Dan sebaiknya hendaklah kita mengetahui  orang yang sebenarnya baik itu ialah orang yang baik di sisi Allah S.W.T dan masalah ini tidak siapa pun mengetahui kerana ia tertakluk kepada "khotimah"{akhir umur seseorang}..Maka jika i'tiqadmu di dalam dirimu bahawa engkau lebih baik daripada orang lain adalah berpunca daripada kejahilan semata-mata.

Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa seseorang itu lebih baik dari sisi Allah daripada engkau dan dia pula mempunyai beberapa kelebihan daripada dirimu.Maka jikalau engkau lihat orang yang lebih muda daripada kamu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati) "budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak membuat maksiat kepada Allah maka tidak syak lagi bahawa dia lebih baik daripadaku".
Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripadamu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati) orang yang tua ini menyembah Allah lebih daripadaku maka tidak syak lagi dia lebih baik daripadaku.
Dan apabila engkau melihat orang yang lebih alim daripadamu maka hendaklah engkau berkata:orang alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak di kurniakan kepadaku dan dia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan dia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui.
Dan apabila engkau melihat orang yang kafir hendaklah engkau berkata:"aku belum tahu lagi boleh jadi nanti dia masuk islam dan mengakhiri hidupnya dengan "husnul khotimah"(mati dalam keadaan yang baik atau beriman) dan dengan sebab dia masuk islam dia telah keluar daripada dosa-dosanya seperti keluarnya sehelai rambut daripada bancuhan (adunan roti) sedangkan aku?--wal iya uzubillah..(mudah-mudahan Allah S.W.T memelihara kita) kerana boleh jadi kita boleh menjadi sesat setelah di beri petunjuk oleh Allah S.W.T maka menjadi kafir lah kita dan kehidupan kita dan di akhiri dengan "su-ul khotimah"(mati dalam keadaan kafir) maka orang kafir ini pada hari kiamat nanti akan di kumpulkan bersama dengan orang-orang muqarrabin sedangkan aku akan di seksa di dalam api neraka.."Nauzubillahi min zaalik"

Dan sifat takbur tidak akan keluar daripada hatimu kecuali bila engkau mengetahui bahawa orang yang sebenarnya mulia ialah orang yang mulia di sisi Allah S.W.T dan masalah ini tertakluk kepada "khatimah"(kesudahan kehidupan seseorang) sedangkan perkara ini masih belum dapat di yakinkan.Maka {bila engkau berfikir demikian} nescaya hatimu sentiasa akan takut dengan "khatimah" sehingga engkau tidak berani membesarkan diri dan engkau terpaksa banyak membuat andaian terhadap orang lain..Walaupun sekarang ini engkau yakin dan beriman kepada Allah namun keadaan ini tidak menghalang kemungkinan berlakunya perubahan kepada pendirianmu pada suatu masa yang akan datang kerana Allah berkuasa merubah-rubah hati manusia dan Dia dapat memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan Dia berkuasa pula menyesatkan sesiapa sahaja yang di kehendakinya.

muayislam "DUNIA ISLAM": apakah tujuan agama ISLAM di datangkan?

muayislam "DUNIA ISLAM": apakah tujuan agama ISLAM di datangkan?: " Apakah sebenarnya tujuan islam di datangkan??? sebenar agama islam itu bukanlah suat..."

Terjemahan surah An-Nass

An-Nass

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]
"Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Terjemahan surah Al-Falaq

Al-Falaq

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Terjemahan surah Al-Ikhlass

Al-Ikhlass

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Terjemahan surah Al-Masad

Al-Masad

[1]
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
[2]
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
[3]
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
[4]
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
[5]
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Terjemahan surah An-Nasr

An-Nasr

[1]
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
[2]
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3]
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Terjemahan surah Al-Kaafiruun

Al-Kaafiruun

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
[2]
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Terjemahan surah Al-Kauthar

Al-Kauthar

[1]
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Terjemahan surah Al-Maa'uun

Al-Maa'uun

[1]
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
[2]
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3]
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4]
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
[5]
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6]
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7]
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Terjemahan surah Quraisy

Quraisy
[1]
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
[2]
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
[3]
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
[4]
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Terjemahan surah Al-Fiil

Al-Fiil

[1]
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
[2]
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
[3]
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
[4]
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
[5]
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Terjemahan surah Al-Humazah

Al-Humazah

[1]
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
[2]
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
[3]
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
[4]
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
[5]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
[6]
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
[7]
Yang naik menjulang ke hati;
[8]
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
[9]
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Terjemahan surah Al-'Asr

Al-'Asr

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Terjemahan surah At-Takaathur

At-Takaathur

[1]
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
[2]
Sehingga kamu masuk kubur.
[3]
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4]
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5]
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
[6]
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7]
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
[8]
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Terjemahan surah Al-Qaariah

Al-Qaariah

[1]
Hari yang menggemparkan,
[2]
Apa dia hari yang menggemparkan itu?
[3]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -
[4]
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
[5]
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
[6]
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -
[7]
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
[8]
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -
[9]
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
[10]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
[11]
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

Terjemahan surah Al-'Aadiyaat

Al-'Aadiyaat

[1]
Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
[2]
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
[3]
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
[4]
Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
[5]
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;
[6]
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
[7]
Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;
[8]
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
[9]
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
[10]
Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
[11]
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.

Terjemahan surah Az-Zalzalah

Az-Zalzalah
[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Terjemahan surah Al-Bayyinah

Al-Bayyinah

[1]
Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -
[2]
Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,
[3]
Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
[4]
Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
[5]
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
[6]
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
[7]
Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
[8]
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Terjemahan surah Al-Qadr

Al-Qadr
[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Terjemahan surah Al-'Alaq

Al-'Alaq

[1]
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8]
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9]
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10]
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11]
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
[12]
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13]
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14]
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15]
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
[16]
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17]
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18]
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19]
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Terjemahan surah At-Tiin

At-Tiin

[1]
Demi buah Tiin dan Zaitun,
[2]
Dan Gunung Tursina,
[3]
Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -
[4]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
[5]
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
[6]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
[7]
(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
[8]
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Terjemahan surah Ash-Syarh

Ash-Syarh

[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Terjemahan surah Adh-Dhuha

Adh-Dhuha

[1]
Demi waktu dhuha,
[2]
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Terjemahan surah Al-Lail

Al-Lail

[1]
Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),
[2]
Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;
[3]
Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -
[4]
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
[5]
Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -
[6]
Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
[7]
Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).
[8]
Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -
[9]
Serta ia mendustakan perkara yang baik,
[10]
Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
[11]
Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?
[12]
Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).
[13]
Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.
[14]
Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,
[15]
Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -
[16]
Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.
[17]
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
[18]
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
[19]
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
[20]
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
[21]
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).

Terjemahan surah Asy-Syams

Asy-Syams

[1]
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
[2]
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
[3]
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
[4]
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
[5]
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
[6]
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
[7]
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
[8]
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
[9]
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10]
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[11]
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
[12]
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
[13]
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
[14]
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
[15]
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Terjemahan surah Al-Balad

Al-Balad

[1]
Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
[2]
Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
[3]
Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
[4]
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
[5]
Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
[6]
Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
[7]
Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
[8]
(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
[9]
Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
[10]
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
[11]
Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
[12]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
[13]
(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
[14]
Atau memberi makan pada hari kelaparan -
[15]
Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
[16]
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
[17]
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
[18]
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
[19]
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
[20]
Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

Terjemahan surah Al-Fajr

Al-Fajr

[1]
Demi waktu fajar;
[2]
Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
[3]
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
[4]
Dan malam, apabila ia berlalu; -
[5]
Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
[6]
(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
[7]
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
[8]
Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?
[9]
Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
[10]
Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
[11]
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
[12]
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
[13]
Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
[14]
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
[15]
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
[16]
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
[17]
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
[18]
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
[19]
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
[20]
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
[21]
Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
[22]
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
[23]
Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
[24]
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
[25]
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
[26]
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
[27]
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[28]
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[29]
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[30]
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Terjemahan surah Al-Ghaasyiyah

Al-Ghaasyiyah

[1]
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
[2]
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
[3]
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
[4]
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
[5]
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
[6]
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
[7]
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
[8]
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
[9]
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
[10]
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
[11]
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
[12]
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
[13]
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
[14]
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
[15]
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
[16]
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
[17]
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
[18]
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
[19]
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
[20]
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
[21]
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
[22]
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
[23]
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
[24]
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
[25]
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
[26]
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Terjemahan surah Al-A'laa

Al-A'laa

[1]
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
[2]
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
[3]
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
[4]
Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
[5]
Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
[6]
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
[7]
Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
[8]
Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
[9]
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
[10]
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
[11]
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
[12]
Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
[13]
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
[14]
Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15]
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
[16]
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
[17]
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
[18]
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
[19]
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Terjemahan surah At-Tariq

At-Tariq

[1]
Demi langit dan "At-Taariq"; -
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? -
[3]
(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);
[4]
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).
[5]
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
[6]
Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -
[7]
Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
[8]
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),
[9]
Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),
[10]
Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).
[11]
Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,
[12]
Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,
[13]
Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),
[14]
Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.
[15]
Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,
[16]
Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).
[17]
Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

Terjemahan surah Al-Buruuj

Al-Buruuj

[1]
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
[2]
Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
[3]
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
[4]
Celakalah kaum yang menggali parit,
[5]
(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
[6]
(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
[7]
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
[8]
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
[9]
Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
[10]
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
[11]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
[12]
Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
[13]
Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
[14]
Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
[15]
Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,
[16]
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
[17]
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?
[18]
(Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
[19]
(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
[20]
Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
[21]
(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
[22]
(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Terjemahan surah Al-Insyiqaaq

Al-Insyiqaaq

[1]
Apabila langit terbelah,
[2]
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
[3]
Dan apabila bumi diratakan,
[4]
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
[5]
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
[6]
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
[7]
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
[8]
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
[9]
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
[10]
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
[11]
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
[12]
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
[13]
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
[14]
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
[15]
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
[16]
Maka Aku bersumpah, demi mega;
[17]
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
[18]
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
[19]
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
[20]
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
[21]
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
[22]
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
[23]
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
[24]
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
[25]
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

Terjemahan surah Al-Mutaffifiin

Al-Mutaffifiin

[1]
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
[2]
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
[3]
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
[4]
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
[5]
Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),
[6]
Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
[7]
Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".
[8]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,
[9]
Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).
[10]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -
[11]
Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.
[12]
Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
[13]
(Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"
[14]
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
[15]
Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.
[16]
Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.
[17]
Akhirnya dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu."
[18]
Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".
[19]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?
[20]
Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,
[21]
Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.
[22]
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:
[23]
Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
[24]
Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.
[25]
Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,
[26]
Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
[27]
Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":
[28]
laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).
[29]
Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.
[30]
Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).
[31]
Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;
[32]
Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!"
[33]
Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!
[34]
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.
[35]
Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).
[36]
(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?"

Terjemahan surah Al-Infitaar

Al-Infitaar

[1]
Apabila langit terbelah;
[2]
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3]
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
[4]
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5]
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
[6]
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
[7]
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
[8]
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[9]
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
[10]
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
[11]
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
[12]
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
[13]
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
[14]
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
[15]
Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
[16]
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
[17]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[18]
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[19]
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

Terjemahan surah At-Takwiir

At-Takwiir

[1]
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
[2]
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
[3]
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
[4]
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
[5]
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
[6]
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
[7]
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
[8]
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
[9]
Dengan dosa apakah ia dibunuh?
[10]
Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
[11]
Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
[12]
Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
[13]
Dan apabila Syurga didekatkan;
[14]
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
[15]
Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
[16]
Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;
[17]
Dan malam, apabila ia hampir habis,
[18]
Dan siang, apabila ia mulai terang;
[19]
Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
[20]
Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
[21]
Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
[22]
Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
[23]
Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
[24]
Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
[25]
Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
[26]
(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
[27]
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
[28]
Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
[29]
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Terjemahan surah 'Abasa

'Abasa

[1]
Ia memasamkan muka dan berpaling,
[2]
Kerana ia didatangi orang buta.
[3]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -
[4]
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
[5]
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
[6]
Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
[7]
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
[8]
Adapun orang yang segera datang kepadamu,
[9]
Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -
[10]
Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
[11]
Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
[12]
Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
[13]
(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -
[14]
Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -
[15]
(Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;
[16]
(Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.
[17]
Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
[18]
(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -
[19]
Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
[20]
Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);
[21]
Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;
[22]
Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).
[23]
Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.
[24]
(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
[25]
Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
[26]
Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -
[27]
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
[28]
Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
[29]
Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,
[30]
Dan taman-taman yang menghijau subur,
[31]
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -
[32]
Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
[33]
Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -
[34]
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
[35]
Dan ibunya serta bapanya,
[36]
Dan isterinya serta anak-anaknya; -
[37]
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
[38]
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
[39]
Tertawa, lagi bersuka ria;
[40]
Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
[41]
Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -
[42]
Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Terjemahan surah An-Naazi'aat

An-Naazi'aat

[1]
Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
[2]
Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;
[3]
Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;
[4]
Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
[5]
Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -
[6]
Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
[7]
Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
[8]
Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
[9]
Pemandangannya tunduk gerun.
[10]
Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
[11]
"Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"
[12]
Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
[13]
(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
[14]
Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
[15]
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
[16]
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
[17]
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
[18]
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
[19]
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
[20]
(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
[21]
Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
[22]
Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
[23]
Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -
[24]
Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
[25]
Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
[26]
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
[27]
(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
[28]
Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
[29]
Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
[30]
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
[31]
Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
[32]
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
[33]
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
[34]
Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
[35]
Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
[36]
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
[37]
Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
[38]
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
[39]
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
[40]
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
[41]
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
[42]
Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
[43]
Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
[44]
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
[45]
Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
[46]
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Terjemahan surah An-Naba'

An-Naba'

[1]
Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
[2]
Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
[3]
Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
[4]
Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
[5]
Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
[6]
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
[7]
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
[8]
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
[9]
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
[10]
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
[11]
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
[12]
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
[13]
Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
[14]
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
[15]
Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
[16]
Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
[17]
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
[18]
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
[19]
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
[20]
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
[21]
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
[22]
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
[23]
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
[24]
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
[25]
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
[26]
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
[27]
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
[28]
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
[29]
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
[30]
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
[31]
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
[32]
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
[33]
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
[34]
Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
[35]
Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
[36]
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
[37]
Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
[38]
(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
[39]
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
[40]
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

Terjemahan surah Al-Mursalaat

Al-Mursalaat

[1]
Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
[2]
Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
[3]
Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
[4]
Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
[5]
Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
[6]
Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -
[7]
(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
[8]
Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
[9]
Dan apabila langit terbelah;
[10]
Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
[11]
Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).
[12]
(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
[13]
(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
[14]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?
[15]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!
[16]
Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?
[17]
Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.
[18]
Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.
[19]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!
[20]
Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
[21]
Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
[22]
Hingga ke suatu masa yang termaklum?
[23]
Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!
[24]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!
[25]
Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -
[26]
Yang hidup dan yang mati?
[27]
Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?
[28]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!
[29]
(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.
[30]
"Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -
[31]
"Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.
[32]
"Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,
[33]
"(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning".
[34]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).
[35]
Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
[36]
Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.
[37]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!
[38]
Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
[39]
Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.
[40]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!
[41]
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -
[42]
Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.
[43]
(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."
[44]
Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
[45]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!
[46]
Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
[47]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -
[48]
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
[49]
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
[50]
(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

Terjemahan surah Al-Insaan

Al-Insaan

[1]
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
[2]
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
[3]
Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
[4]
(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.
[5]
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
[6]
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
[7]
(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
[8]
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
[9]
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
[10]
"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
[11]
Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
[12]
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
[13]
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
[14]
Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
[15]
Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
[16]
(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
[17]
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
[18]
Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
[19]
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
[20]
Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
[21]
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
[22]
(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
[23]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.
[24]
Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.
[25]
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;
[26]
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
[27]
Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
[28]
Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.
[29]
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
[30]
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
[31]
Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Terjemahan surah Al-Qiaamah

Al-Qiaamah

[1]
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
[2]
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
[3]
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
[4]
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
[5]
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
[6]
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
[7]
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
[8]
Dan bulan hilang cahayanya,
[9]
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
[10]
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
[11]
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
[12]
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
[13]
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
[14]
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
[15]
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
[16]
Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
[17]
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
[18]
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
[19]
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
[20]
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
[21]
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
[22]
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
[23]
Melihat kepada Tuhannya.
[24]
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
[25]
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
[26]
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
[27]
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
[28]
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
[29]
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
[30]
(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
[31]
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
[32]
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
[33]
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
[34]
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
[35]
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
[36]
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
[37]
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
[38]
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
[39]
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
[40]
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Terjemahan surah Al-Muddaththir

Al-Muddaththir

[1]
Wahai orang yang berselimut!
[2]
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
[3]
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
[4]
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
[5]
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
[6]
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
[7]
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
[8]
Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
[9]
Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
[10]
Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
[11]
(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
[12]
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
[13]
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
[14]
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
[15]
Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
[16]
Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
[17]
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
[18]
Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
[19]
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
[20]
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
[21]
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
[22]
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
[23]
Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
[24]
Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
[25]
"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
[26]
(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
[27]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
[28]
Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
[29]
Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
[30]
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
[31]
Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
[32]
Sebenarnya! Demi bulan,
[33]
Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
[34]
Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
[35]
Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
[36]
Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
[37]
(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
[38]
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
[39]
Kecuali puak Kanan,
[40]
(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
[41]
Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
[42]
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
[43]
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
[44]
"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
[45]
"Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
[46]
"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
[47]
"Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
[48]
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
[49]
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
[50]
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
[51]
Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
[52]
(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
[53]
Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
[54]
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
[55]
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
[56]
Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).

Terjemahan surah Al-Muzzammil

Al-Muzzammil

[1]
Wahai orang yang berselimut!.
[2]
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3]
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4]
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
[5]
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6]
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7]
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8]
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
[9]
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
[10]
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
[11]
Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
[12]
Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,
[13]
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[14]
(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
[15]
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
[16]
Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
[17]
(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
[18]
Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
[19]
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
[20]
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Terjemahan surah Al-Jinn

Al-Jinn

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
[2]
`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
[3]
`Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
[4]
`Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
[5]
`Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
[6]
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
[7]
`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
[8]
`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
[9]
`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
[10]
`Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
[11]
`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
[12]
`Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).
[13]
`Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
[14]
`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
[15]
` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '
[16]
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
[17]
"(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.
[18]
"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
[19]
"Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".
[20]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
[21]
Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
[22]
Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,
[23]
"(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".
[24]
(Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
[25]
(Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.
[26]
"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
[27]
"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
[28]
"(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".

Syeikh Idris Al-Marbawi

Syeikh Idris Al-Marbawi

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

ulama' ikutan kita

ulama' ikutan kita

ulama' ikutan kita

ulama' ikutan kita

Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus