Arkib Blog

Selasa, 17 Ogos 2010

apakah tujuan agama ISLAM di datangkan?

                                            Apakah sebenarnya tujuan islam di datangkan???

           sebenar agama islam itu bukanlah suatu perkara yang baru,pelik lagi terasing,,tetapi ia adalah agama sejagat yang wujudnya sama dengan wujudnya manusia di dunia ini yang bertujuan untuk memimpin dan membimbing manusia ke arah kehidupan yang baik lagi sempurna di dunia dan di akhirat di samping untuk menyelamat kan manusia daripada kejahilan,kebinasaan dan kesesatan.....

 oleh itu menjadi satu kewajipan untuk umat islam untuk belajar dan mendalami ilmu agama kerana islam itu tidak menjaga seseorang itu tanpa ilmu pengetahuan,,dengan ilmu juga baru lah kita dapat mengetahui islam yang kita amalkan itu adalah islam yang betul ataupun islam yang sesat..
sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"menuntut ilmu adalah wajib untuk kaum muslimin dan muslimat"

oleh yang demikian,kita sebagai umat islam wajib taat pada (segala) perintah dan hukum-hukum yang telah di tetapkan oleh islam yang di wahyukan kepada kita oleh ALLAH S.W.T melaui Al-quran dan pesuruhnya nabi muhammad S.A.W.


firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang lurus( agama islam ) ciptaan ALLAH yang menciptakan manusia begitu sesuai di atasnya,,tidak sepatut berlaku sebarang penukaran pada ciptaan ALLAH,itu lah agama yang sebenar lagi lurus,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui..(surah ar-ruum ayat 30)

firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :

"wahai orang yang beriman,,masuklah kamu ke dalam agama islam seluruhnya"(surah al-baqarah ayat 208)

maka berdasarkan ayat ini jelaslah yang penuntutan penerimaan agama islam ini merangkumi soal aqidah,soal ibadah,soal rumahtangga,soal masyarakat dan soal-soal yang mengenai kehidupan kita seluruhnya.

Oleh yang demikian hendaklah kita sebagai umat islam tidak ada pilihan lagi untuk patuh kepada segala peraturan yang telah di tetapkan oleh islam seluruhnya samada dalam soal ibadat atau muamalat atau masyarakat atau munakahat atau jenayah.dengan itu barulah sempurna islam itu pada diri kita seperti yang di perintahkan oleh ALLAH S.W.T.

wallahu a'lam....

akhir kata daripada saya marilah sama-sama wahai saudaraku kita menunaikan kewajipan kita sebagai umat islam seperti yang telah di perintahkan oleh ALLAH S.W.T..
Apa yang baik itu semuanya datang daripada ALLAH S.W.T dan apa yang lemah itu datangnya daripada diri saya yang lemah,,,wassalam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Syeikh Idris Al-Marbawi

Syeikh Idris Al-Marbawi

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

ulama' ikutan kita

ulama' ikutan kita

ulama' ikutan kita

ulama' ikutan kita

Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Ustaz Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus