Rasulullah S.A.W bersabda:
"Apabila aku didatangi oleh suatu hari dan tidak bertambah ilmuku pada hari itu,yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah S.W.T. maka tidak ada keberkatan untukku pada hari itu".
(diriwayatkan oleh Thabrani,Abu Naim dan Ibnu Abdul Barr)
Sabdanya lagi:
"Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke syurga"
(diriwayatkan oleh muslim)
Sabdanya lagi:
"Andaikata engkau berjalan,kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan,maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersolat seratus rakaat"
(diriwayatkan oleh Ibnu Abu Darr)
"Mencari ilmu adalah wajib ke atas setiap orang muslim"
(diriwayatkan oleh Ibnu Abu Darr)
Keterangan:
Imam syafie berkata:"mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan amalan sunat"
Fatah Al-Maushili rahimahullah berkata"Bukankah orang yang sakit itu apabila tidak makan dan tidak minum dan tidak mengambil ubat akhirnya akan mati?"Kawan kawannya menjawab"Ya benar".Dia berkata lagi"Demikian juga hati,apabila tidak menerima hikmat dan ilmu selama tiga hari pasti ia akan mati".
Tepat sekali ucapan Fatah Al-Maushili,sebab makanan hati adalah hikmat dan ilmu pengetahuan dan dengan keduanya ia hidup.Sebagaimana halnya tubuh dengan makanan.Makanan adalah keperluan tubuh badan.Maka seseorang yang jauh daripada ilmu hatinya akan sakit dan pasti kematian hatinya.
Walaupun demikian,seseorang itu tentu tidak merasainya dan tidak menginsafi akan perkara yang sedemikian.Ini kerana sebab cintanya yang melampau kepada dunia dan kegiatannya mencari harta dunia menyebabkan dia terhijab (dihalang) dari perasaan seperti itu.Kita mohon perlindungan Allah S.W.T daripada suatu hari yang segala tabir akan disingkapkan,seluruh manusia tertidur dan mereka yang mati pasti akan bangun (di bangkitkan di padang mahsyar).
Islam itu sendiri tidak dapat menyelamatkan seseorang yang tidak berilmu.Oleh itu ilmulah yang menyelamatkan seseorang samada berada di dalam (islam) agama Allah yang lurus ataupun sesat.Kesimpulannya marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari ilmu untuk menyelamatkan diri kita daripada azab Allah S.W.T. di akhirat kelak.
Wallahu A'lam,,,.
Arkib Blog
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan